Blogger Templates

Thursday, 1 December 2011

FiLeM OmBak RINDu.....

Selamat petang semua!!!ape kata petang ni kita mulakan cite tentang muvi yang sedang hangat diperkatakan skang...dari awal bulan yang lalu, semalam sampai la pagi tadi suma org sibuk memperkatakan tentang muvi ombak rindu yang diadaptasi dari sebuah novel, hasil karya Fauziah Ashaari...sape yang pernah baca novel ni masa zaman sekolah dulu, bleh la saksikan di layar perak pulak....



Fuhhh...sape yang belum pergi tengok...aku suggest korang suma g la tgk muvi ini...sangat2 tidak mengecewakan...bagi aku filem ini telah diarah dengan baik oleh Osman Ali... lagu dia pun best.....skrip pun diolah dengan baik...pelakon2 juga menjalankan tugas mereka dengan baik sekali.........lakonan maya karin & aaron aziz memang terbaik!!!aku nak ingat kan korang suma bawa la tisu banyak2 sebab cite ni dari mula sampai akhir memang akan membuat kan korang menitikkan air mata....lagi satu sila booking dulu sebelum pergi menonton muvi ini kerana aku yang booking online pun dapat seat depan skrin....hari pertama tayangan dan waktu pertama tayangan panggung dah penuh....lagi2 cuti sekolah...aku g ngan membe aku, kita org tgk kat GSC, alamanda...kita org dua2 teresak2 tapi masih bleh cover lagi...aku bleh dengar suma dalam panggung tu teresak2....huuuuhuuu...aku bagi 5 bintang la untuk cite ni....hiihiiii......memang best!!!


Sinopsis Ombak Rindu:- filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.

kredit to http://www.mygosip.com/ untuk sinopsis di atas.....


8 comments:

  1. amboiii.. advanced... citer mcm best nak2 hero nya.. tapi nak tengok wayang tu tak rasanya.. tengok online jerlah..

    ReplyDelete
  2. best kak ina...touching gile...meleleh....bila lagi nak tgk...time2 cuti kang kene bawa si kecik pulak...tak sesuai la untuk tontonan kanak2..

    ReplyDelete
  3. mmg tip top cter ni...mmg xmenyesal tgk kan su?huhuhu..touching gler cter ni...smpi2 kite yg berangan jadi izzah..ekekekeke

    ReplyDelete
  4. huhuh..ni wat ima rase x sabar nk p tgk wayang ni..nk siapkn 1 bundle tisu dlu..hihih..tangkap leleh eh..penah baca novel die..mmg layannnnzzz..

    ReplyDelete
  5. p nonton ema...jangan tak nonton...memang berbaloi....

    ReplyDelete
  6. macam nak terjebak jer dgr cite mcm ni..nak jugak, nak jugak..huhuhu

    ReplyDelete
  7. hiihii...sila la menjebak kan diri anda ikatankasihku...berani gerenti memang best!!

    ReplyDelete