Blogger Templates

Tuesday, 6 December 2011

MacrodDactyly......

Selamat petang semua!!semoga korang semua sentiasa berada di dalam lindunganNya...petang ni aku nak kongsi skit pasal 1 penyakit yang dipanggil Macrodactyly, aku pun tak pasti adakah ianya dipanggil penyakit, simptom atau pun sebaliknya...mesti korang semua pelik kan kenapa aku beriya sgt mengkaji mengenai penyakit ini...diantara sebab nya adalah, zahraa akan menjalani pembedahan kaki sebelah kiri yang melibatkan pembedahan plastik dan pembedahan micro pada minggu hadapan di Pusat Perubatan Universiti Malaya, KL...Doa2 kan lah agar semuanya selamat dan berjalan lancar...

Macrodactyly adalah satu keadaan yang jarang berlaku di mana jari kaki atau jari bayi yang luar biasa besar kerana pertumbuhan yg terlalu cepat membabitkan tulang asas dan tisu lembut...Macrodactyly berlaku lebih kerap kepada tangan daripada kaki...Kebiasaannya, hanya satu tangan atau satu kaki terjejas, tetapi adakalanya lebih daripada satu angka pada tangan atau kaki yang terlibat...Macrodactyly boleh wujud bersama-sama dengan syndactyly, suatu keadaan di mana dua jari atau kaki adalah bercantum bersama-sama...Walaupun ia adalah satu keadaan benign, macrodactyly mengubah bentuk dan boleh melihat cosmetically cacat kepada anak anda.  Pembedahan, biasanya melibatkan prosedur yang pelbagai bagi membantu masalah ini...Mesti korang pernah baca pasal seorang lelaki bernama Liu Hua berusia 28 tahun yang berasal dari Jiangsu, China...Beliau adalah manusia yang mempunyai jari dan tangan terbesar di dunia...Beliau juga adalah salah seorang yang memiliki penyakit Macrodactyly...kalau korang nak tahu cerita lanjut pasal Liu boleh search google k...

Dari kecik zahraa tak pernah merasa pakai kasut cantik2...sian kat dia!!harap2 lepas pembedahan ni zahraa boleh pakai kasut cantik2 ke sekolah macam kawan2 zahraa yang lain....tapi bonda bersyukur sangat sebab zahraa masih boleh berjalan, berlari macam kanak2 lain dan yang penting zahraa adalah anak yang bijak...Allah tu cuma nak duga keimanaan hamba2 nya...bonda, papa & zahraa adalah insan2 yang terpilih...jangan la sesekali kita mempersoalkan ciptaanya kerana sebaik2 ciptaan adalah dari Allah...

Gambar X-Ray kaki kiri zahraa...

3 comments:

  1. siannya zahra...sakit tk jari yg bengkak tu...anak saya jari tangan,tp bkn bengkak la.ibu jari dia mcm nk jd dua.kata org cacat la tp kata saya kelebihan sbb dia lbh dr org lain :)...uncle doakan zahra sentiasa sihat yer semoga pembedahan berjalan dgn lancar...insyaallah

    ReplyDelete
  2. jari tu tak sakit..kalau tgk pada x-ray tu memang nampak jari je besar tapi pada realiti tapak kaki pun tebal juga...so tak tahu la doktor nak buat cam ne..doktor kata pembedahan ni stage by stage... yang mula2 dia akan buang 50% dulu supaya dia bleh pakai kasut...zahraa punye kes lebih kurang la anak use_rie..org panggil cacat...mungkin benda tu la yang membawa rezki & tuah kepada diaorg nanti...

    ReplyDelete