Blogger Templates

Wednesday, 30 November 2011

@T Al IkhSaN....

Lepas balik dari keje semalam papa ajak bonda & zahraa teman dia ke al ikhsan, alamanda....katanya nak cari kasut futsal...hai maklum lah tapak kasut futsal yang lama dah habis bunga....hari tu dah try repair kat kedai kasut tapi tak ok jugak..so terpaksa la beli baru...huuhuuu...lagi pun dah uzur sgt kasut tu...

zahraa yang paling sibuk, tolong pilihkan kasut untuk papa...

 yang kuning ni cantik papa!!!

 yang ni la papa!!

 last2...ini la pilihan hati papa...bonda ok je...

zahraa kene rasmikan dulu kasut papa....hahahahaha!!!

Lepas ni lagi semangat la papa g main futsal...ye la kasut baru...mesti  la semangat...huuhuuu!!!akhir kata dari zahraa...maju la sukan untuk negara...ekekekeke.....

Tuesday, 29 November 2011

aKtiViTi HujuNg MingGu Z@hR@@.....



PerBualan DiAntaRa SuAmI & Ist3Ri - PaRt !!......

Sambungan dari perbualan n3 sebelum ni.....

Perbualan di dalam kereta sebelum menuju ke destinasi rahsia....

Suami :  kita nak g mana ni sayang?

isteri :  kita nak g celebrate besday papa la....
          kita g seksyen 13, Shah Alam
          sampai sana nanti bonda bagi tahu nama restoran 
          nye...


zahraa : ternganga2 tak paham ape2...


Suami :   ok2....

Akhir nye sampai juga kami sekeluarga ke restoran tupai2 untuk celebrate besday papa...walaupun sesat sebab aplikasi papago bengong hari tu kerana tidak dapat menunjukkan arah jalan yang sebenar...kami sekeluarga sampai lewat jam 9.30 malam...org dah tak ramai sgt...perut pun dah berlagu riang...ape lagi....jom makan!!!


 kek ni di tempah khas untuk papa..

 menu malam itu...

 sabar2..tunggu makanan yang dipilih masak...

 lihat la akhirnye...nYuuuMMMyyy...kuah tom yam & kelapa...

 papa yang kelaparan...

 telur puyuh...

 panas nye...fuhhh

 bonda yang kelaparan...

 zahraa makan kuey teow goreng & nasi goreng cina...

banyak zahraa makan malam tu...lapar agak nyee..

boleh dikatakan sedap jugak la makanan kat restoran tupai2 ni...bagi aku yang suka makan makanan panas2 ni, memang kene la ngan selera aku...tempat pun menarik dan cantik...harga buffet untuk steamboat RM 28 seorang bagi dewasa dan kanak2 RM 15 rasanye aku pun tak sure sgt sebab zahraa free..kita org sampai rumah jam 12.00 tengah malam..sgt2 penat & mengantuk...nasib baik esok nye hari sabtu bleh sambung tido balik lepas solat subuh...huuhuuu........

ZahR@@ Nak G DatiNg NgaN pApA.....

 alamak bonda ter inteframe pulak...

 zahraa & patung angry birds...

Zahraa cbuk posing dalam lif...

Friday, 25 November 2011

Doa Awal & Akhir Tahun Hijrah....

Doa Akhir Tahun. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib...
doa-akhir-tahun

Doa Awal Tahun. Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib...
doa-awal-tahun

Selamat menyambuat Awal Muharram 1433H dari kami sekeluarga...

N3 TaNpa KaTa2

Baju AnGry BiRdS buAt PuTeri ZaHRaa....



 

25 NoVeMBeR 2011.......

Morning semua!!semoga semua nya berada dalam keadaan sihat sejahtera....ada ape dengan tarikh ini??hiihiii...tarikh ini cukup bermakna buat org yang paling aku cintai iaitu suamiku...25 November 1984 adalah tarikh beliau dilahirkan...dan hari ini genap la 27 tahun umur insan yang bernama Mohd Faizul bin Abdul Patah...

Selamat hari lahir sayang...semoga sayang sentiasa berada dalam lindunganNya...dipanjangkan usia untuk menjadi khalifah kepada isteri mu dan anak2 mu....semoga Allah akan memberikan rezeki yang halal untuk sayang menyara kehidupan kita sekeluarga....semoga sayang akan lebih matang dalam mengharungi liku kehidupan yang sentiasa mencabar...dan yang penting sekali semoga sayang sentiasa diredhai di dunia & di akhirat...




Ini adalah hadiah yang aku berikan buat suami ku untuk hari lahir beliau tahun ni...aku rasa ni adalah jam yang ke-3 aku berikan sebagai hadiah...kali pertama aku bagi masa kita org masih bercinta...kali ke-2, masa hari jadi beliau yang pertama setelah bergelar suami...dan ini adalah hadiah jam buat kali yang ke-3.....seperti yang aku janjikan, pada malam ini aku & zahraa akan bawa papa ke 1 tempat untuk celebrate besday beliau...tunggu ye papa!!....malam ni bonda bagi tahu destinasi nye.....

Love U So Much.....ikhlas dari Bintang Timur Faizul.......

Thursday, 24 November 2011

CarT00N FaVoRit3 ZahrAA......


Puteri aku sorang ni suka sgt la tgk karton, dah nama pun kanak2 kan...mesti la suka tengok karton...sama la masa kita kecik2 dulu...hiiihiii...so ape yang aku & papa dia buat...kita org sediakan 1 netbook khas untuk dia tgk karton...kalau tak buat macam tu, nanti papa & bonda tak merasa la nak tengok tv...tapi aku hanya bagi dia tgk time cuti je, sebabnya tak mahu dia liat bangun pagi untuk ke school...tugas papa pulak download suma muvi kesukaan zahraa...tapi pada pendapat aku, ada sesetengah karton ni sgt baik untuk kanak2 tonton sebab diaorg bleh improve diaorg nye perkataan, lagi2 karton dari disney...bila diaorg dengar berulang kali diaorg akan ingat & sebut..tapi ada jugak sesetengah karton yang aku rasa memberi kesan negatif kepada kanak2 dari segi bahasa dan perbuatan...tak mau la sebut nama karton tu, karang kene saman pulak...kita sebagai bonda & papa yang kene pandai memilih karton terbaik untuk disajikan bagi tontonan anak2 kita....







(kredit to mr google)

Inilah diantara muvi2 kesukaan zahraa, kalau ikutkan banyak lagi.......

Wednesday, 23 November 2011

PerBualan DiAntaRa SuAmI & Ist3Ri - PaRt !......

Perbualan menggunakan google talk diantara suami & isteri...

Isteri :   malam jumaat ni u free tak?? 
           (tak pernah2 ber i, u sebelum ni)
           i nak ajak u keluar dinner....u nak tak??

Suami :  insyaAllah free...i always free...

Isteri :   nanti u ambik i & zahraa...kita g 1 tempat k....

Suami :  ok, no problem.....

Bersambung part !!............


7 Sebab Mengapa Suami Patut Hargai Isteri......

Melalui email-email aduan masalah rumahtangga yang saya terima. Saya dapati bahawa, salah satu punca utama konflik rumahtangga yang terjadi adalah disebabkan oleh sikap para suami yang TIDAK MENGHARGAI ISTERI selayaknya.
Soalan :
Boleh tak terangkan sebab-sebab mengapa seseorang isteri itu MESTI dihargai?
hargai lah isteri
Berikut ini saya senaraikan 7 sebab mengapa seorang isteri itu patut dihargai.
1) Kerana isteri menjadi dinding bagi seorang suami dari api neraka (suami terhindar dari perkara haram seperti zina dan sebagainya).

2) Kerana isteri sanggup berkorban menyabung nyawa semata-mata untuk melahirkan zuriat buat suaminya.

3) Kerana isteri menjadi penjaga rumah dan segala harta suami, semasa ketiadaan suami dan semasa suami keluar mencari nafkah.

4) Kerana isteri sanggup bersusah payah, berletih bersusah menguruskan segala hal dan urusan dalam rumah.

5) Kerana isteri menjadi murabbi atau pendidik kepada anak-anak.

6) Kerana isteri sanggup abaikan nafsu malasnya dalam menyediakan makan minum untuk suaminya.

7) Kerana isteri penghibur dikala sunyi, penerang dikala kelam dan penenang dikala tegang. Kerana isteri adalah pelengkap hidup suami.
tugas isteri
Sebenarnya ada banyak lagi sebab-sebab lain. Tapi cukuplah saya senaraikan 7 sebab tu.
Persoalannya sekarang ialah (soalan untuk para suami) ;
Adakah anda benar-benar menghargai isteri anda selama ini? Apakah yang anda lakukan bagi membuktikan bahawa anda sememangnya menghargai isteri anda?
Kepada para isteri, jangan ingat suami saja kena hargai anda. Cuba tanya diri anda ;
Apakah selama ini anda sudah benar-benar memainkan peranan anda sebagai seorang isteri yang baik? Cuba muhasabah diri, layakkah anda dihargai suami sedangkan anda sering culas dan cuai dalam melayani suami anda sendiri???
Sekian, sama-sama lah kita bermuhasabah diri. Betulkan apa yang tidak betul. Saya tulis ni bukan nak tunjuk saya ni baik, tapi untuk mengingatkan dan muhasabah diri saya sendiri juga.

kredit to :  http://pakarhowto.com/

Go To B@NDuNG......


First time aku nak g melancong ke luar negara ni...hiihiii...walaupun hanye ke Indonesia je...itu pun sebab kitaorg dapat tiket murah masa Air Asia buat promosi hari tu...aku 1 family akan pergi ke sana bersama membe baik aku, Puan Maizatul Natra & husband beliau serta mak dan mak sedara aku.....aku & membe aku ni sgt2 la teruja sebab nye kita org excited nak g shopping....walaupun tarikh penerbangan setahun lagi tapi keterujaan nye sgt2 la dirasai...huuuhuu....semoga segala nye dipermudahkan...dah la time tu masih dalam bulan syawal...harap2 tak la bertindih dengan tarikh2 yang penting...so, ape lagi kene la menyimpan sedikit2 untuk bekalan ke sana nanti....ngeh...ngeh...

Tuesday, 22 November 2011

Z@HR@@ & InA!.....

Anak dara aku sorang ni memang suka melawa...hiiihii...betul la orang kata anak pompuan ni kita tak ajar untuk berhias pun dia pandai sendiri...ni cite masa raya haji yang lalu...walaupun zahraa kene cirit birit yang sangat teruk sampai sehari sebelum hari raya haji tu dr minta masuk wad untuk drip air, tapi kita orang tak mau sebabnya esok nak raya dan bulan depan pun zahraa dah kene masuk wad...karang trauma budak tu asyik dok hospital je...so untuk bagi zahraa ni aktif skit sebab dia asyik tido je, mungkin penat sgt cirit & muntah berulang kali...aku pun ape lagi...suruh la atuk dia g cari inai nak pakai kan kat zahraa...atuk pun ape lagi cucu kesayangan punye pasal sanggup la g cari...layan kan aje...dan hasil nyeee seperti foto di bawah......

 first time zahraa pakai inai, tapi dia diam je...
cam tau je fungsi inai tu untuk warna kuku dia...

dan hasil nye, zahraa pun kata "bonda cantik nye.."
bila start school, sibuk dia cite kat cikgu pasal dia pakai inai...

HariM@u MuD@ MenGGaNas LaG!!.....

Syukur Alhamdulllilah kerana dengan perancangan Allah s.w.t akhirnya pasukan Malaysia dapat menyudahkan perlawanan bola sepak dengan baik pada malam tadi...doa seluruh rakyat Malaysia akhirnya termakbul...senyap sunyi Stadium Gelora Bung Karno yang sebelumnye penuh dengan provokasi ke atas pasukan Malaysia...kadang2 terpk jugak kuno sangat ke rakyat Indonesia ni...ye la sampai lagu negara lain pun tak boleh nak hormat...tak pe la, dah memang sikap rakyat diaorang macam tu kot...yang penting Harimau Muda terus mengganas bagi mendapat kan pingat emas yang juga digelar ibu segala pingat...

Kita orang 1 family seronok sangat2...memang masa perlawanan separuh ke-2 tu instinct aku kuat mengatakan Malaysia yang akan menang cuma penyudah nye agak lambat...betul la ape yang aku rasa, malaysia menyudahkan perlawanan sehingga ke peringkat penalti... sepakan penalti terakhir negara oleh kapten pasukan cuba ditangkap penjaga gol Indonesia,namun bola tetap melepasi garisan gol untuk memastikan Malaysia mengekalkan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu di Laos....perjuangan Malaysia masih belum selesai kerana esok 23/11/11, pasukan Malaysia akan menentang Syria pulak untuk kelayakan ke Sukan Olimpik....akhir kata Selamanya Harimau Malaya....

(kredit to Berita Harian Online)



Monday, 21 November 2011

RuMah Ku B@nJiR L@G!......

Hujan yang turun sangat lebat semalam, membuat aku, papa & zahraa diulit mimpi yang panjang...sedap woOoo tido hujan2 ni...dengar je azan asar aku pun terus bangun...bangun2 tu aku pun g la dapur nak buat ape yang patut...akhirnye ape yang aku nampak membuat kan hati aku panas.....

 ayam aku dalam kuali digenangi air hujan...sob...sob

 plug dapur aku short sebab air hujan dah masuk dalam jubin dinding...

air hujan yang tak berhenti2 menitik....

KeRabU PeRuT SanTaPan P@p@.....


Semalam dengan rajinnye aku menyediakan kerabu perut lembu buat santapan lunch papa, sori ek aku tak makan perut lembu, so aku buat untuk papa je.... papa kata sedap..first time buat wei...cuba tgk kawan2...nampak sedap tak??kalau nampak sedap maknanye memang sedap le....ekekekekeke....masuk bakul angkat sendiri pulak bonda ni....kerabu ni aku hidang kan ngan menu lain iaitu masak lemak bayam merah & ayam goreng...nyummyyy...sungguh berselera sekali papa makan...sib baik la mak sedara aku dah siap cuci bersih2 perut tu, kalau tak, tak ade maknanye aku nak buat kerabu tu...hahahahaha...dah la masa rebus tu bau dia habis 1 rumah...huuuhuu...tak pe la akhirnya jadi gak kerabu perut aku....korang semua cuba la try...kalau nak resepi bleh roger2 aku tau....

SeLamanYa H@RiM@u MaL@Y@......

selamanya, selamanya,selamanya,
harimau malaya!
selamanya, selamanya,selamanya,
sokong Malaysia!
hey le le le le le le la
oohh, oohh
hey le le le le le la
Aaahh, aaahh
harimau malaya
harimau malaya
harimau malaya
harimau malaya
hey le le le le le le la
oohh, oohh
hey le le le le le la
inilah tanah tumpahnya darahku
negara pasukan biarlah hanya satu
harimau kami berlari laju,
belang nak tertanggal dari baju
harimau kami cekap gelecek
pertahanan lawan tumbang sederet
bila turun padang berumahkan gelanggang,
kalau berani mari bersandang
selamanya, selamanya,selamanya,
harimau malaya!
selamanya, selamanya,selamanya,
sokong Malaysia!
hey le le le le le le la
oohh, oohh
hey le le le le le la
Aaahh, aaahh
harimau malaya
harimau malaya
semua berlari hingga tiada keringat,
gol pertama untuk negara
kedua untuk pingat
bila atas padang main tak ingat,
tiap hantaran kemas
tiap gerak ligat
pernahkah ada harimau yang jinak
jawapannya tidak
semestinya lincah
penyokong ke stadium beranak-pinak
untukmu Malaysia kami ceria
selamanya, selamanya,selamanya,
harimau malaya!
selamanya, selamanya,selamanya,
sokong Malaysia!
hey le le le le le le la
oohh, oohh
hey le le le le le la
Aaahh, aaahh
harimau malaya
harimau malaya
hey, nari kita, semangat
hitam kuning terpahat
mari kita berjuang,
tempur berperang di padang
sekali lagi, maju lagi,
serang lagi, gagah berani sebati
tidak gentar
tenang, dengar sorakan gemilang,
harimau malaya pasti menang!
selamanya, selamanya,selamanya,
harimau malaya!
selamanya, selamanya,selamanya,
sokong Malaysia!
hey le le le le le le la
oohh, oohh
hey le le le le le la
Aaahh, aaahh
harimau malaya
harimau malaya

Saksikan perlawanan akhir bola sepak, sukan sea ke-26 diantara Malaysia vs Indonesia pada hari ini 21/11/2011 jam 8.00 malam...Marilah semua rakyat Malaysia berdoa supaya kemenangan menjadi milik harimau malaya dan membawa pulang pingat emas untuk Malaysia.....harapan seluruh rakyat Malaysia agar pasukan kebangsaan akan bermain bermati2an malam ni.....gOOoooOO Malaysia!!!....GOooooOo Malaysia...Malaysia BoLeH....

Friday, 18 November 2011

MaM@-M@Ma Z@HR@@......

 mama seri, mama rieyhan & mama maria....

zahraa & mama maria...

sian zahraa, lepas ni kene berpisah ngan mama2 dia...mama rieyhan & mama seri dah nak berhenti...mama maria pulak dah kene tukar jaga baby...lepas ni sape la nak jaga anak bonda ni...dari kecik diaorang jaga zahraa...bonda pun kadang2 zahraa panggil mama...sebab hari2 dok ngan mama2 dia, balik umah pun tersasul2 panggil bonda mama...mesti lepas ni zahraa rindu ngan mama2 dia...sedey lak bonda....sob...sob..sob...walaupun mama2 dia dah tak jaga zahraa, harap2 perhubungan yang terjalin selama ini tak terputus begitu sahaje....

SyaHrul AzWari IbRaHim...

(kredit to mr google)

aku suka sangat mamat ni perform malam tadi, dengan larian yang bertenaga...memang terserlah la kesungguhan dia...memang terbaik dari ladang....tak sampai 2 minit mamat ni masuk padang terus dia jaringkan gol, dan akhirnya gol tersebut jugak la yang melayakkan malaysia masuk ke peringkat separuh akhir...Alhamdulillah, sang harimau dapat membenamkan harapan seluruh peminat sang garuda...dah la indonesia ni berlagak gila...padan muka diaorang...hahahahaha...konon2 turun kan second palayer, player2 terror diaorg simpan untuk final...peEeegi lah...last2 kalah...buat malu je...indonesia sebenarnya takut kalau2 kene bertemu ngan malaysia di final nanti, biasa la...wartawan diaorg kan selalu buat propa, kononnye diaorang ni kuat...sekali kalah...buat malu je....hahhahaha....tahniah skuad kebangsaaan!!! kerana telah membuat semua rakyat malaysia happy....aku bengang betul ngan penjaga garisan...ada ke patut dia suh jurulatih malaysia keluar dari tempat pemain simpanan...tak pe la...janji malaysia dah menang...tak sabar ni nak tunggu perlawanan separuh akhir, malaysia menentang myanmar pada 19/11/2011 (sabtu)....goOoo...gOoOo...malaysia...U Can Do It...doa seluruh rakyat malaysia sentiasa mengiringi ....

Thursday, 17 November 2011

Kr3TiF Nye MemBe Baik AkU Ni.....

habis muka i yang comey ni, di kerjakan oleh maizatul natrah...hiihiii...siap u nanti i cari u malam ni...

DiKiR B@R@T....

nak tau tak??dah dua 3 hari aku balik lewat...dekat2 maghrib baru sampai umah, tunggu papa ambik...papa balik lewat sebab semangat berlatih dikir barat...papa masuk pertandingan dikir barat MMU (Multimedia University) Star Screening Session 2011...papa main gong...ada bakat terpendam rupanya papa ni....hari ni papa bagi tahu kumpulan dia dapat tempat ke-2 dari 14 kumpulan...fuyOooO, kira terror la tu...tahniah papa!!!lepas ni kumpulan papa akan buat persembahan untuk MMU Staff Awards Event......

Jom layanzzzZzz foto papa berdikir barat....


 FuyOoooO...gagah perkasa nye papa ni...ehh, kain batik bonda tu...