Blogger Templates

Monday, 28 May 2012

Adakah CintaKu Seteguh Cinta Ummu Darda'

Ummu Darda', nama asalnya ialah Hujaimah al-Himyariah. Beliau ialah isteri Abu Darda', seorang sahabat rasulullah saw yang hidup di Syam. Ummu Darda' dan Abu Darda' adalah pasangan bahagia.

Suatu hari, Ummu Darda' berdoa di hadapan suaminya, "Ya ALLAH, sesungguhnya Abu Darda' meminangku di dunia, lalu aku menikahinya. Maka sekarang aku meminangnya kepadaMU untuk menjadi suamiku di syurga."

Mendengar ucapan ini, Abu al-Darda' berkata, "Jika engkau ingin menjadi isteriku di syurga, janganlah menikah lagi setelah aku meninggal dunia."

Ummu al-Darda' seorang wanita yang cantik dan cerdas. Maka setelah Abu Darda' wafat, Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan datang untuk meminangnya. Namun, isteri yang setia dengan cinta pertamanya ini menolak pinangan tersebut.

Kisah Ummu al-Darda' mengingatkan kita bahawa cinta yang terjalin kerana ALLAH dan mengharapkan redha Ilahi tidak akan berakhir dengan kematian. Akan tetapi, ianya akan terus menyala dan hidup kekal di dalam syurga abadi.

sumber asal : Majalah Solusi isu 24 - karya Umar M Noor.

semoga cinta kami seteguh cinta Ummu Darda'....InsyaAllah...

6 comments:

  1. aduhh romantis..,insyaallah doa juga cinta suraya bahagia hingga ke syurga.

    ReplyDelete
  2. ehem2 nape tetiba romantik ni kak..harap2 cinta itu teguh hingga ke hembusan nafas yang terakhir nanti...waaa akak tengok dengan saya sekali terikut2 jadi romantik hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha...tu la pasal, ape kes tah tiba2 hati ni nak ter romantik lak...

      Delete
  3. huhuhu...romantiknye....=)
    hubby sy x romantik heheee...memang be4 kawen pun x romantik huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la...hubby su pun tak la romantik sgt...hiiihii..tapi su suka minta kat dia...saya nak awak romantik sokmo...hahahaha...

      Delete