Blogger Templates

Thursday, 21 June 2012

Hujan Rahmat Di Pagi Hari

Alhamdulillah...syukur kepada Allah yang maha Esa....
menurun kan hujan yang sgt lebat pagi ini di bumi putrajaya....
sejuk skit.....rasa nye dah lama tak hujan....
kalau hujan pun tak lebat...
sekadar menjenggah tanah yang dah lama kering...
tapi tidak membasahi sepenuhnya....

akhirnya...

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan
dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang
telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." 
(Al-A'raf : 57)


Semoga hujan yang turun ini dapat membersihkan udara,
menyuburkan tanaman & membekal kan air di empangan...


"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, 
serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan 
sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya
 (Al-Mukminu :1)


"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." 
(al-Hijr : 22)


"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepada
Nyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. 
Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." 
(Surah Hud : 123)

Alhamdulillah......

6 comments:

  1. ALHAMDULLILAH, SEMOGA HARI INI MENJADI HARI TERBAIK UTK KITA SEMUA.... AMIN

    ReplyDelete
  2. org kata kalau hujan turun cepat2 berdoa...insyaallah makbul....

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah hujan ya... kat usj ni pagi tadi mcm nak hujan, langit gelap aje... pastu terang-benderang semula... skrg ni tengah panas bangat..

    ReplyDelete
  4. betul tu... pagi ni rasa sejuk jee... dah le beberapa hari jerebu kan.... syukur alhamdulillah...

    ReplyDelete
  5. yup..betul tu sue..kuantan pun ujan gak td...da lama sgt xujan nie...Allhamdulillah syukur...:-)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah. sini gaks yg pns. hu3

    ReplyDelete