Blogger Templates

Tuesday, 17 July 2012

Ramadhan Semakin Menghampiri, Apakah Persediaan Kita???

Ramadhan semakin menghampiri.
Apakah ada antara kita yang mendengar ‘loceng-loceng’ yang menyatakannya?
Ramadhan semakin menghampiri, semakin mendekat, tetapi apakah persediaan kita? 
Ramai antara kita tidak peduli. 

Seakan-akan Ramadhan itu bukan sesuatu yang penting buat kita. 
Mengapa?
Kerana kita telah di’doktrin’ oleh suasana yang silap dalam melayani Ramadhan Yang Mulia.

Ramadhan Sebagai Bulan Susah Payah.
Didoktrin di dalam kehidupan kita, bahawa Ramadhan adalah bulan bersusah payah. 
Bulan kepenatan dan keletihan. 
Bulan di mana manusia perlu berlapar dan dahaga seakan tidak wujudnya makanan. 
Bulan yang dilihat sebagai tidak produktif, bulan yang melemahkan dan tidak punya apa-apa keistimewaan dari segi material.
Kita melalui Ramadhan, hanya dengan satu pancaran harapan – Lepas Ramadhan, akan datang Syawal.
Ya. Dengan itulah kita melalui Ramadhan. Menunggu untuk ‘dibebaskan’ dari segala keletihan dan kepenatan.
Jika perasan, kita didoktrin sedemikian.
Kerana itu, kehadiran Ramadhan bukan satu keistimewaan buat kebanyakan kita. 
Bukan sesuatu yang dinanti-nantikan buat kita. 
Tetapi adalah satu bebanan. 
Satu kesukaran. 
Satu kepayahan buat kita.

Sedangkan Itulah Bulan Yang Dirayakan.
Ramai yang tidak tahu, bahawa apa yang kita namakan sebagai ‘AidulFitri’ itu hakikatnya dirayakan sehari sahaja, yakni pada 1hb Syawal. 
Dan tidaklah pula ianya dirayakan pada 2hb Syawal, 3hb Syawal dan sehingga 30hb Syawal. 
Tidak. Hakikatnya, hari raya itu sehari sahaja. 2hb Syawal dan seterusnya, kita telah disunatkan untuk berpuasa 6 hari di bulan Syawal.
Syawal hakikatnya bukan hari raya utama ummat Islam. 
Yang utamanya adalah ‘AidulAdha’, kerana ia dirayakan selama empat hari. 10hb, 11hb, 12hb, dan 13hb Zulhijjah. 
Haram berpuasa pada keempat-empat hari tersebut.
Ya. Sehari sahaja ‘AidulFitri’ hakikatnya. 
Namun masyarakat kita sakan merayakannya hingga ke hari 30hb Syawal. 
Bagai nak runtuh dunia kita rayakannya. 
Sedangkan, apakah itu ‘AidilFitri’? Maksudnya adalah Perayaan Fitrah. 
Mengapa dinamakan sedemikian?
Kerana ia adalah untuk merayakan mereka yang berjaya melalui tarbiyah, memproses diri di dalam Ramadhan Al-Mubarak. 
Yang membersihkan diri dan mensucikan diri mereka di dalam bulan itu. 
Yang mempertingkatkan diri serta menaikkan lagi kualiti hati mereka di dalam bulan itu.
Bukan kepada mereka yang pada 15hb Ramadhan, sudah sibuk hendak menyambut Syawal!
Yang diraikan hakikatnya adalah Ramadhan. AidulFitri meraikan itu. 
Kita hakikatnya bukan meraikan AidilFitri. 
Kerana AidilFitri itu hakikatnya tidak punya apa-apa, melainkan sekiranya kita melalui Ramadhan dengan jayanya!

Mentaliti Yang Perlu Diubah.
Maka Ramadhan itu perlu kita tekankan pada diri dan keluarga, bahawa ianya adalah Bulan Rahmat, Bulan Keampunan, Bulan Peningkatan diri. Bulan di dalamnya wujud pelbagai fadhilat dan kelebihan. Bulan yang Allah SWT sediakan agar ummat Islam kembali mengecas keimanan masing-masing, memperkuatkan diri 
masing-masing.Bulan yang hakikatnya merupakan ‘perayaan jiwa-jiwa’ kerana ianya memberikan makanan kepada mereka. Bulan untuk memperbanyakkan kebaikan, agar jiwa yang jauh menjadi kembali rapat kepada Tuhan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:


Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata: Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya.”(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga, dan ditutup pintu-pintu neraka, dan diikat syaitan-syaitan.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan, dengan penuh keimanan dan berkira-kira(menghitung nak memperbanyakkan amalannya), maka akan diampunkan untuknya dosa-dosanya yang pernah dilakukan.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ya. Ramadhan inilah hakikatnya yang patut kita nampak sebagai ‘habuan’, ‘hadiah’, ‘anugerah’. Allah SWT memberikannya kepada kita. Dalam setahun, Allah SWT berikan kita sebulan untuk mempertingkatkan diri kita, memperkuatkan diri kita, dalam suasana yang kondusif, bersama ‘tambahan-tambahan’ yang mengiurkan.

Penutup: Maka Apakah Jiwa-jiwa Masih Tidak Mahu Memperdulikan?
Maka apakah jiwa-jiwa yang do’if lagi lemah, banyak kekurangan dan dosa ini, masih tidak mahu memperdulikan panggilan Tuhannya?
Apakah hamba yang hina ini, mahu melemparkan hadiah pemberian Tuhannya?
Sesungguhnya inilah dia hamba-hamba yang celaka.
Marilah kita muhasabah semula.
Jangan jadi hamba yang sombong dengan Dia.
Ramadhan menghampiri, dan kita masih tidak peduli.
Jangan.
Mari peduli. Persiapkan diri. Jadikan Ramadhan kali ini yang paling bermakna sekali!

byHilal Asyraf
http://www.langitilahi.com/

38 comments:

  1. dan siap sediakan perut utk hadapi tekanan kelaparan n tekak utk hadapi kehausan nnti hehe

    ReplyDelete
  2. salam kenal...semoga ramadan nie membawa keberkatan pada kita semua.....:)

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan juga ye,tahun agak mencabar jugak lah sebab sy masih fully breasfeeding tuk my baby boy..kena mantapkan stamina ni

    ReplyDelete
  4. betol, smoga ianyer memberikan keberkatan yg lebih buat kiter.
    slamat beramal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah...semoga ramadhan kali ini lebih baik dari tahun sebelum nye...

      Delete
  5. Su... kakak suka pada N3 Su ini. Benar kalau syawal di negara kita bagai raya sakan hingga 30 hari bahkan kadang sampai terlebih lagi Su.

    Tapi kalau di Mekah tak adalah Su. Sehari je selapas solat tak ada apa pun sekadar makan dan ziarah lebih kurang je. Tempat kita nie lain macam kan (termasuklah kakak nie...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, saya pun pernah dengar kalau kat mekah, meriah time hari raya pertama je...pas2 back to normal...kalau malaysia ni kalau boleh tak cukup sebulan...hehehehe...kadang2 nak start pose 6 pun lewat sebab banyak umah buat open house...

      Delete
  6. tak sabar nak menunggu ramadhan yg hampir tiba...penuh berkah dan kesyukuran..aminn

    ReplyDelete
  7. mari sama2 kita lipatgandakan amalan2 di bulan yg penuh barakah ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak...semoga Allah bagi kesihatan yang baik untuk kita menempuh ramadhan kali ini...

      Delete
  8. bagus info ni.... buat pedoman menghadapi ramadhan.......

    ReplyDelete
  9. terbaik info yunk...slmt berpuasa gak t...:-)

    ReplyDelete
  10. semoga ramadan kali ni lebih baik dr yg lepas2..amin

    ReplyDelete
  11. hi..blog walking here...singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda...

    ReplyDelete
  12. SALAM......
    moga ramadan ini dapat menambah kebaikan dengan
    amalan yang mulia dan terpuji.....!!!!!

    ReplyDelete
  13. salam ramadhan... memang kitani tidak sedar2kan... terimakasih mengingatkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 kita mengingati antara satu sama lain...insyaAllah...

      Delete
  14. InsyaAllah..
    harap ramadhan kali ni lebih baik dr sblmnya
    wlpn inilah ramadhan pertama tanpa arwah ayahanda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah...semoga roh ayahda leily ditempat dikalangan org2 yang dikasihi Nya...amin..

      Delete
  15. semoga ramadhan kali nie penuh dengan keberkatan.. insyallah..

    ReplyDelete
  16. salam..selamat berpuasa buat Suraya sekeluarga! :)

    ReplyDelete
  17. salam kenal & selamat menyambut ramadhan al-mubarak

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal...terima kasih mama aryan..

      Delete
  18. Selamat menjalani ibadah berpuasa kami sekeluarga ucapkannn....
    Maafkan salah silap kami sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih...sama la, kami pun begitu juga..ampun & maaf dipinta...

      Delete
  19. salam ramadhan sis..semoga ramadhan kali ini diberkati :)

    ReplyDelete
  20. Su... kakak datang lagi nak ucapkan selamat menyambut puasa esok. Maaf dari kakak ye:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. datang la kak...banyak2 pun tak pe...hehehe..sama la kak...mohon ampun maaf ye..

      Delete
  21. salam ramadan dan salam kemaafan dari akak ye.

    ReplyDelete