Blogger Templates

Wednesday, 15 August 2012

Amalkan 55555 Untuk Kekal Sihat Di Hari Raya

Assalamualaikum & salam 26 ramadhan....
mesti sahabat bonda yang baca ni boringkan??
hehehehee...
ni adalah tips terakhir untuk panduan makan secara sihat di hari raya....
semoga menjadi manfaat kepada kita semua....

- Makan 5 kumpulan makanan setiap hari.
 -Makan 5 sajian buah & sayur.
- Hadkan kepada 500 kalori sahaja untuk setiap waktu makan.
- Hadkan kepada 5 gram atau 1 sudu teh gula sahaja untuk minuman
- Bersenam 5 kali seminggu

7 Panduan Penyediaan Hidangan Sihat Dihari Raya :

1. Kurangkan gula, minyak dan lemak dalam penyediaan biskut dan kek.
gunakan 1/2 atau 3/4 daripada kuantiti gula yang biasa digunakan semasa menyediakan 
biskut dan kek.

2. Gunakan daging yang telah dibuang lemak atau ayam yang telah dibuang kulit.

3. Kurangkan menyedia makanan bersantan, bergoreng dan berminyak.

4. Gantikan penggunaan santan dengan susu rendah lemak dalam penyediaan rendang atau lontong.

5. Potong ayam atau daging dalam saiz yang kecil.

6. Gunakan ramuan tinggi serat untuk membuat biskut dan kuih raya seperti 
tepung bijirin penuh, oat & buah prun.

7. Kurangkan penggunaan pewarna tiruan dalam penyediaan kuih muih, kek & puding.

ok abis sudah....

4 comments:

  1. huuuu...bile dah raya ni makan x hengat kdg2 hehee....

    ReplyDelete
  2. huwaaa..akak awal2 posa ritu turun 5kg..bila dah masuk mggu last ni naik 2kg balik..selera mkn akhir2 ni huhu.Selamat menyambut lebaran dar akak sekeluarga.

    ReplyDelete
  3. tq su bg info nie....tue la kdang2 bila tgok makanan yg banyak tue sampai tak hingat apa dah...hihihi...

    ReplyDelete
  4. masa raya mmg makan hentam cukup2 hehe. Selamat hari raya buat su seisi keluarga, mohon ampun maaf andai ada salah & silap sepjg kita berblogging ni ye

    ReplyDelete