Blogger Templates

Thursday, 6 December 2012

Pesta Jom Makan Buah Di Putrajaya


Assalamualaikum...

JERANTUT 4 Dis. - Penggemar durian bakal menikmati raja buah itu sepuas-puasnya sempena Pesta Jom Makan Buah yang akan berlangsung di Putrajaya selama lima hari bermula Jumaat ini.
Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Ahmad Ishak berkata, sebanyak 200 tan durian terutama jenis musang king (D 197) akan dijual dengan harga istimewa pada pesta tersebut.
"Kita menyediakan 60 gerai yang akan memasarkan pelbagai jenis buah-buahan tempatan dan orang ramai boleh menikmatinya dengan harga istimewa berbanding harga biasa," katanya kepada pemberita semasa mengadakan lawatan kerja ke Pejabat FAMA Jerantut, di sini.
Beliau berkata, penganjuran pesta itu merupakan satu langkah diambil oleh FAMA untuk memastikan hasil titik peluh petani dan peladang boleh dipasarkan kepada orang ramai.
"Untuk makluman semua, pengeluaran buah-buahan bermusim seperti durian, cempedak, dokong, manggis dan rambutan pada November dan Disember kali ini sangat banyak dan ia perlu dipasarkan segera agar tidak berlaku lambakan," ujarnya. - UTUSAN.

berita yang sangat menarik ni.....
dah la bonda, papa & zahraa hantu durian...
tapi sian pulak zahraa, dah la demam....
kang makan durian banyak2 bertambah teruk pulak demam nye...
semoga demam zahraa cepat sembuh...
bleh bonda belanja zahraa makan durian...
hehehehe....

sahabat2 bonda yang dok area putrajaya ni...
bleh la join bonda borong buah durian....

7 comments:

  1. selamat mam doyan k dear...heeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  2. durian ni kalau sekali hadap makan banyak2 mmg muak tp kalau bole hari2 nak makan.akak baru smlm makan..ptg ni dah dok tingin balik

    ReplyDelete
  3. WAH BLEH LE BAWAK ANAK2 KAT SANA NANTI

    ReplyDelete
  4. Walau kakak jauh dari Putrajaya tapi di JB pun baaanyak durian tau Su. Pilih aje nak yg mahal/pahit/murah/manis semua ada..

    ReplyDelete
  5. best tu..makan banyak2 je,akak pun suka makan durian jugak

    ReplyDelete
  6. seronoknya..boleh makan buah free..:)

    ReplyDelete
  7. http://mayangbakingmadness.blogspot.com/2012/12/segment-bloglist-pokok-manggis-depan.html SU AKAK TAG NAMA SU KAT SINI EKK

    ReplyDelete