Blogger Templates

Tuesday, 31 January 2012

Ketam Masak Lemak Cili Padi Istimewa

Menu istimewa untuk dinner malam ni..

ketam masak lemak cili padi..

untuk tetamu istimewa...jauh dari terengganu...

datang untuk melawat cucu kesayangan...


terima kasih juga diucapkan kepada membe2 opis..

mai,yan,kak masturai & ema coz sudi dtg lawat zahraa..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, 30 January 2012

Zahraa G CM Cari Hadiah Untuk Prof Alizan

Semalam bonda bawa zahraa g Central Market...
cari hadiah untuk prof alizan...
tanda ucapan terima kasih kerana sumbangan beliau...
prof alizan adalah consult zahraa sepanjang di PPUM...
dan 
beliau juga  yang bertanggungjawab melakukan pembedahan ke atas zahraa...
Org nye sangat kacak & bergaya...
huuuhuuhuu....
bangga tengok prof alizan tu...
muda2 lagi dah jadi pakar pembedahan plastik...

 tunai hajat zahraa..
nak sangat naik LRT..

 dah lama rasanye tak g sini...

 zahraa main2 kat food court dulu...
sementara tunggu hadiah yang di tempah siap...

malam tadi uncle harith, auntie erma & hayfa dtg lawat zahraa....
tq dari zahraa untuk zirafah yang comey ni...





Saturday, 28 January 2012

Alhamdulillah.......Semuanya Selamat!!


 
Dari semalam nak update mengenai perkembangan zahraa...
tapi masa tak mengizinkan..
semalam  petang...
zahraa sudah dibenarkan discaj dari PPUM...
Alhamdulillah...
semuanya berjalan seperti yang dirancangkan...

ohhh....penat sungguh rasanya!!
bonda & papa tak cukup tido, makan tak menentu....
dengan aircond hospital yang sgt2 kuat...
menunggu di dewan operation yang agak lama....
malam pulak dikelilingi dengan mesin2 yang sentiasa berbunyi...
  sebabnya zahraa ditempatkan bersama bayi2 yang mempunyai masalah kritikal...
dan sentiasa bergantung kepada mesin...
hanya Allah sahaja yang tahu...

bila dr kata boleh discaj je...
rasa nak melompat je...
seronok sangat2...
zahraa pun happy...
zahraa sangat fobia & trauma dok kat situ...
pantang nampak nurse & dr je...
menjerit sekuat hati....

kami sekeluarga pulang ke umah atuk zahraa dulu...
sebab nak tanam jari zahraa yang dr buang masa pembedahan...
putrajaya dok pulak tingkat 11 mana nak cari tanah...
hari isnin ni zahraa kene g hospital semula...
dr nak buka pembalut kaki zahraa...
harap2 semuanya ok...
sepanjang kat umah ni memang kene pantau zahraa betul2...
demam dia...
pembalut kaki tak boleh kene air atau kotoran...
takut jangkitan kuman...
kene continue antibiotik sampai habis...

bonda nak ucap terima kasih sgt2...
kepada membe2 lama kat UM yang sudi dtg melawat zahraa..
kak ina, nurul, kak izan, kak liza, nurza...
&
ibu zura dan family yang terus datang bila tau zahraa dah sampai umah atuk..
tidak lupa juga kepada membe2 dan saudara mara yang sentiasa mendoakan zahraa dari jauh...

 zahraa baru keluar dari dewan bedah...
mabuk2 kesan dari ubat bius..

 zahraa baru mula makan selepas pembedahan...
sian dia 1 setengah hari puasa...

 aktiviti zahraa sepanjang di hospital...


hari ketiga selepas zahraa di bedah...

Kalau Sudah Begitu Ketentuan Dari Nya



Dari 5 jari....
kini cuma tinggal 4 jari...
ape2 pun, Alhamdulillah.....
semuanya selamat....
sebelum masuk ke dewan bedah lagi dr telah menerangkan segala2nye..
dr cuba sedaya upaya mengekalkan 5 jari...
tapi...
kondisi jari kedua zahraa, walaupun dikecik kan...
pada masa hadapan, mungkin ianya akan membesar lagi...
dr kata kalau boleh tak nak buat pembedahan berulang kali...
cukup la hanya sekali pembedahan...
begitu la takdir yang tertulis untuk puteri ku...
dr kata mungin sekarang dia tidak mengerti....
tetapi apabila dia sudah bersekolah...
mempunyai kawan2...
dia akan mula bertanya...
kenapa kaki zahraa tak sama macam orang lain???
itu la soalan yang perlu bonda & papa jawab...
InsyaAllah...anak bonda anak yang tabah...
semunya ada hikmah yang terbaik....

kalau ditanye pada zahraa...
zahraa nak jadi ape besar nanti???
dengan spontan nye zahraa menjawab nak jadi dr kaki...
sambil menunjukkan kaki yang sedang berbalut...
berderai hilai tawa kami sekeluarga mendengar jawapan zahraa... 
sungguh bijak anak kecil ini menuturkan kata-kata... 
jawapan yang kami tidak sangka akan keluar dari mulut seorang anak kecil...
insyaAllah...Allah akan memakbulkan kata2 mu sayang...

Thursday, 26 January 2012

zahRaa Ceria Sebelum Memasuki Dewan Bedah..






Tepat jam 11.05 minit pagi...
Zahraa di bawa masuk ke dewan bedah...
Semoga anak bonda tabah mengharungi nya...
Doa bonda & papa sentiasa mengiringi mu sayang...
Pembedahan dijangka mengambil masa 3 jam...
Semoga anak bonda mampu tersenyum lagi...

Wednesday, 25 January 2012

zahraa kembali semula ke PPUM!!

Semoga segalanye dipermudahkan oleh Nya...

sebagaimana yang kami sekeluarga rancangkan..

dari semalam bonda & papa tak bleh tido..

mekikirkan kesihatan zahraa..

semoga zahraa benar2 chat untuk menjalani pembedahan esok..

semoga anak bonda kuat sepanjang berada disini..


Published with Blogger-droid v2.0.3

Friday, 20 January 2012

!ni baru betul-betul makan...

Hari ni luch kat luar lagi...
hiihiihii...
seperti biasa, mai drive...
kalau tak, tak merasa nye nak g makan kat luar time lunch ni...

destinasi dituju sudah semestinye area bangi...
mencari2 kedai makan yang berkenan untuk dinikmati...
akhirnye setelah mencari-cari...
papparich menjadi pilihan hati aku & mai...

PappaRich, Bangi... 

Fried rice special with fried egg & chicken wing....
Rasa dia, bagi aku boleh la... 

 Pappa curry laksa special with foo chok...
Menu yang ni, boleh tahan la....sedap!!

 Roti bakar susu...
memang terbaekkk...

Roti bakar with butter & kaya...
bagi aku, sangat2 sedap....

Mineral water pun jadi la.... 

Posing dulu sebelum makan... 

Mai dah tak sabar dah tu...

Sempat lagi main jeling2 time makan...
huuuhuuu....

Gile  la wei....kenyang banget!!!
itu pun sebelum order...rasa nak makan macam2...
2 menu je dah tersandar...
ambik kau...rasakan...
tu la, tamak sangat....

Cuti Raya Cina Yang Agak Panjang

Mesti ramai yang dah plan nak sambung cuti...
kebetulan raya cina tahun ni jatuh  hari isnin & selasa...
confirm ramai ambik cuti hari rabu, khamis dan jumaat...

aku kat opis ni jenuh nak approve kan cuti...
hiihiiiii...maklum la secretary...
kene la approve kan cuti anak2 buah boss...
boss mana ada masa nak buat suma tu...

aku pun akan bercuti panjang...
bermula dari tarikh 24 januari-7 februari...
8 februari baru naik keje...
lama gile...
aku cuti pun ade sebab...
nak jaga zahraa selepas operation....
zahraa warded 25 januari ni...
kalau tak ade ape2 halangan...
operation akan dijalankan pada 26 januari...

kawan2 yang lain mesti best...
cuti panjang ni mesti ade yang balik kampung...
melancong....g kenduri kahwin...hiihii...
aku jugak la raya kat hospital...
tak pe la...itu la dikatakan pengorbanan...
sib baik chinese new year...
kalau raya aidilfitri...syahdu la jawabnye...

mesti petang ni highway2 dah mula dipenuhi dengan kenderaan...
kepada yang memandu tu...
memandu la dengan berhati2...
biar lambat asal selamat...
ingat la org2 yang tersayang sedang menunggu kepulangan anda...

(kredit to mr google)
Happy chinese new  year kepada semua masyarakat berbangsa cina ...
Selamat bercuti juga kepada kawan2 semua....

zahRaa yang cool!!

Sempat lagi peace tu....

Tuesday, 17 January 2012

AbaHKu Teringin SanGat Nak MakaN NaSi ArAb..

Walaupun keadaan aku yang kurang sihat...
sakit tekak yang teramat sangat...
bersulam dengan sakit urat...
aku gagah kan juga bawa abah & mak aku...
g makan kat restoran saba, cyberjaya...

sokmo abah cakap kat aku...
kalau abah g putrajaya nanti, abah nak makan nasi arab...
so malam tadi, lepas maghrib..
tertunai la hajat abah nak makan nasi arab...

Restoran Saba, Cyberjaya

sempat lagi berposing abah aku ni...
lepas abis makan sampai la balik rumah, 
statement abah aku, puas betul dapat makan nasi arab malam ni!! 

nasi arab bersama lamb hanith & lamb kabsah...

memang marvelous & delicioss!! 

tea pot pudina...
memang menyamankan...

pelik la zahraa ni...
bonda rasa teh tu pahit sangat...
dia boleh pulak minum sampai 2 cawan... 

licin....
tinggal tulang kambing je... 

murah pulak bil ni...
RM 84.00 je...
kebiasaaanye, kalau 4 org makan dalam RM 100...



Monday, 16 January 2012

Potty Trainning

Penat nye la rasa...
tapi kene jugak ajar...
kadang2 zahraa ok...kadang2 bersepah...
bonda & papa la jadi mangsa mengemop...
tapi akhirnye zahraa berjaya gak uk uk kat tempat yang sepatutnye...


minggu ni zahraa dok ngan nenek & atuk...
hopefully zahraa tak uk uk & shi shi  merata2...
sian nenek nak kene mop...
bonda terpaksa import nenek minggu ni...
untuk kuarantin zahraa dari serangan penyakit...
kalau hantar taska sokmo tak baik2 sakit nye...
sebab minggu depan 26/1/2012 zahraa nak operate...
harap2 tak postpone lagi...
kalau ikut tarikh asal selepas postpone hari tu...
19/1/2012 ni...
tapi dr call ada emergency operation untuk pesakit cancer la pulak...

zahraa ada sedikit batuk & selsema...
bonda & papa dah bawa jumpa dr maria...
dr maria adalah panel dr yang selalu zahraa jumpa...
beliau sgt2 la baik...
dr maria bagi antibiotik, zyrtec & vantamol...
beliau pun berharap zahraa boleh sembuh dalam tempoh seminggu ni...
insyaAllah...dengan izin Allah swt...
anak bonda akan sihat sebelum pembedahan...

Saturday, 14 January 2012

ZahrAA sudah ada kat!l sendiri



katil baru zahraa dah sampai malam tadi..

so hari ni bonda & papa cari la cadar untuk katil baru zahraa di aussino,alamanda...

sudah semestinye cartoon kegemaran zahraa menjadi tema..

malam ni zahraa akan start tido bersama minie mouse & rakan2 yang lain..

sweet dream zahraa!!

Published with Blogger-droid v2.0.3

Friday, 13 January 2012

LunCH @t Restoran Mohd Chan, Bangi

Mai & Kantonis Ying Yong

Aku & Wantan Mee BBQ

Hari ni aku & mai lunch kat luar...
kebetulan hari ni mai drive...
so bleh la tukar selera skit...
kalau tak!!setiap hari jumaat mesti makan nasi bungkus je...
pas2 layan muvi kat opis...

kita org  g lunch kat restoran cina muslim...
not bad gak makanan dia...
tapi kene makan panas2..kalau dah sejuk kureng skit...
dim sum dia pun best...
lain kali  bleh bawa papa & zahraa pulak...
dah kenyang2 ni...
ngantuk pulak....
boss tak de ni...bleh la tido kejap...
ngeh3x.....

Tuhanku! Apakah daku telah kembali kepadamu?

Kita sering mendengar cerita orang itu dan orang ini kembali kepada Islam. Cerita orang tertentu ‘kembali kepada Islam’ kadangkala boleh dikomersialkan, terutama apabila dia ternama atau selebriti. Mungkin majlisnya bertambah meriah. Bayaran bertambah tinggi. Sorak sorai makin menghilai. Tepukan makin gemuruh.

Kita wajar bertanya: “Apakah maksud seseorang kembali kepada Allah? Ini satu persoalan yang kelihatan mudah tetapi kadangkala bukan senang untuk benar-benar mengerti hakikatnya. Apabila lambang-lambang agama itu boleh menghasilkan kepentingan dunia, maka soalan ini makin sukar dijawab. Ramai orang yang ingin menggunakan agama bukan kerana dia mencari Tuhan, tetapi kerana agama boleh menjadi jambatan meraih banyak kepentingan duniawi dalam kehidupan ini.

Seorang pesalah yang penuh jenayah ke mahkamah dengan memakai kopiah, apakah itu bererti dia kembali kepada Allah? Seorang penyanyi yang memakai kopiah atau ‘baju melayu’, apakah itu bererti dia telah kembali kepada Allah? Seorang peniaga yang meletakkan ayat-ayat al-Quran di dinding kedainya, apakah dia telah kembali kepada Allah? Seorang yang telah menukar beberapa perkataan hariannya kepada perkataan arab seperti ana, enta, akhi, ukhti, jamaah dan lain-lain, apakah dia telah kembali kepada Allah. Seorang yang menyertai organisasi atau parti yang berlambangkan agama, apakah dia telah kembali kepada Allah? Bahkan seseorang yang mengikut kawan-kawan hadir ke kuliah agama disebabkan tawa-senda riang gembira yang didendangkan oleh penceramah, apakah dia telah kembali kepada Allah?

Kesemua persoalan ini sukar dijawab melainkan oleh diri insan yang berubah itu. Apakah perubahannya itu satu manifestasi ketulusan jiwa yang dahagakan redha dan cinta Tuhan, ataupun itu satu trend yang mempunyai keseronokan yang tersendiri, ataupun satu tindakan yang mempunyai kepentingan duniawi yang tertentu.

Al-Inabah


Perkataan kembali kepada Tuhan disebut sebagai al-inabah ataupun kembali kepada Allah. Al-Quran sering menyeru manusia agar berinabah kepada Allah dan menzahirkan manifestasi tersebut dalam bentuk penghayatan. Firman Allah: (maksudnya) “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan berinabahlah (kembalilah) kamu kepada Tuhan kamu, serta serahlah diri kepadaNya, sebelum datang kepada kamu azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan”.

Insan kembali kepada Allah apabila merasakan diri tersesat ataupun berdosa. Dia hanya mengharapkan keampunan dan keselamatannya apabila bertemu Allah nanti. Mencari sakinah atau ketenangan roh di dunia dan kelazatan hidup di akhirat. Dia tidak kembali kepada Allah sebagai satu ‘pameran’ untuk menyukakan perasaan orang lain atau mengaut satu keuntungan atas tiket al-Inabah. Sama sekali tidak! Jika itu berlaku, hakikatnya dia tidak kembali kepada Allah. Inilah yang Nabi s.a.w tegaskan semasa hijrah. Soal keikhlasan jiwa insan yang berhijrah atas nama Tuhan. Mungkin petunjuk zahir kelihatan sama di mata awam, namun hakikat di sisi Allah berbeza. Justeru Nabi s.a.w menyebut: “Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan rasulNya maka hijrahnya itu kepada Allah dan rasulNya. Sesiapa yang hijrahnya mencari duniawi atau untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niatnya.” (Riwayat al-Bukhari).

Ikhlas

Maka, perkara maha utama dalam agama ini ialah soal keikhlasan insan terhadap tuhannya. Ia adalah perkara rohani yang paling ramai manusia gagal menunaikannya. Bukan sahaja orang jahil yang gagal dalam menanganinya, telah gagal juga orang alim. Bukan sahaja gagal para penceramah agama, telah gagal juga para mujahid yang berperang di jalan Allah. Bukan sahaja telah gagal mereka yang membaca buku biasa, tetapi telah gagal mereka yang membaca al-Quran. Bukan sahaja telah gagal penderma kecil, tetapi telah gagal juga penderma yang besar.

Sabda Nabi s.a.w: “Orang yang awal dibicarakan pada Hari Kiamat seorang yang mati syahid. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah berperang keranaMU sehingga syahid”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau berperang supaya engkau dikatakan berani, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.

Datang pula seorang yang lain yang mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran keranaMU”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau belajar ilmu supaya engkau dikatakan alim dan engkau baca al-Quran supaya engkau dipanggil qari. Itu telah pun dikatakan padamu”.  Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.

Datang pula seorang yang Allah luaskan rezekinya dan telah diberikan pelbagai jenis harta. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia? Dia menjawab: “Aku tidak tinggal satu jalan pun yang Engkau suka untuk didermakan melainkan aku telah pun menderma padanya keranaMU”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau lakukan supaya engkau dikatakan pemurah, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajah sehingga dihumbankan ke dalam neraka. (riwayat Muslim).

Hadis ini sangat merunsingkan kita semua. Demikianlah besarnya peranan ikhlas. Sejauhmana pun manusia memuji kita, tiada ertinya jika amalan kita ini tidak dinilai ikhlas di sisi Allah. Hakikat yang mesti direnung oleh setiap insan tentang dirinya: siapakah aku ini di sisi Tuhanku?”. Segala ceramah, pakaian agama, bahasa yang ‘berbunyi’ agama, lambang yang ‘bercorak agama’ dan segalanya itu tiada apa-apa erti jika seseorang itu ditolak keikhlasan oleh Allah. Syaitan boleh menukar niat yang murni menjadi bongkak dan riyak. Akhirnya berguguran pahala bagaikan daun yang kering. Ya Allah! Betapa kami takut hal itu. Ampunilah kami, curahkan keikhlasan ke dalam nurani ini.



Thursday, 12 January 2012

SBPA TanggUH Lag!....KuaNG...KuaNG...KuaNG

SHAH ALAM - Kabinet memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang berkuat kuasa sejak 1 Januari lalu, dipercayai ekoran rasa tidak puas hati di kalangan sebahagian besar kakitangan awam.

Sinar Harian difahamkan keputusan mengejutkan ini diputuskan dalam mesyuarat mingguan semalam.

Isnin lalu, kenyataan Kementerian Kewan gan menyebut pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Januari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia manakala perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen SBPA akan dibayar pada 31 Januari.

Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Januari berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari.

Menurut sumber, Kabinet mempertimbangkan tiga sebab utama dalam memutuskan penangguhan SBPA, yang menggantikan Sistem Saraan Malaysia.

"Antaranya tiadanya perundingan secukupnya dengan wakil pekerja (kesatuan sekerja) dan peratusan kenaikan gaji yang tidak seimbang antara kumpulan kakitangan rendah dan tertinggi," kata sumber.

Sebelum ini wujud dakwaan kononnya kakitangan kumpulan pengurusan tinggi dan kanan menerima kenaikan gaji sangat tinggi, sehingga mencecah 50 peratus.

Bagaimanapun ia telah dinafikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah bulan lalu.

SBPA memperkenalkan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis di bawah Sistem Saraan Malaysia.

Menurut sumber itu, kerajaan mahu kajian semula dijalankan ke atas keseluruhan komponen SBPA bagi memastikan tujuan pelaksanaan sistem gaji baru itu mencapai matlamat.

Mengenai tempoh penangguhan, sumber memberitahu, "ia kemungkinan besar akan mengambil masa beberapa bulan, juga kemungkinan hanya akan dilaksanakan selepas pilihan raya berakhir, supaya segala rasa tidak puas hati selesai dan diatasi secara menyeluruh."

Pegawai-pegawai kanan perkhidmatan enggan mengesahkan perkara itu. Bagaimanapun difahamkan Jabatan Perkhidmatan Awam akan mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini.

"Tunggulah esok, maklumat jelas akan dikeluarkan," kata seorang pegawai kanan ketika dihubungi.

Pada 18 Disember lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) membuat pendirian tegas dengan meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan SBPA dan mengadakan perundingan dengan badan induk kesatuan awam itu.

Badan induk itu mendakwa pihaknya “amat kesal” kerana kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam tidak mengadakan langsung perundingan dengan Cuepacs sebelum menggubal dan melaksanakan SBPA.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kerajaan seharusnya memastikan setiap anggota perkhidmatan awam, yang saiznya 1.4 juta orang, menerima maklumat yang tepat dan mendalam sebelum menerima opsyen pelaksanaan SBPA.

Omar berkata, perkara itu akan dibawa ke perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Pertemuan itu telah diadakan akhir bulan lalu.

Ketika itu, Cuepacs juga meminta ahli-ahlinya tidak menerima opsyen sehingga perkara ini selesai.

Jabatan itu membuka opsyen menerima SBPA mulai 16 Disember lalu dan ia sepatutnya ditutup pada 30 Disember, tetapi dilanjutkan sehingga 15 Januari selepas pertemuan Cuepacs dengan Najib.

Omar juga mendakwa kakitangan awam dipaksa menerima opsyen tanpa diberikan maklumat mengenai sifir gaji dan tangga gaji.

Katanya, ia jauh berbeza berbanding ketika pelaksanaan Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia sebelum ini.

Mengenai kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus yang diumumkan oleh Najib ketika pembentangan Bajet 2012 pada Oktober lalu, Omar berkata, perkiraan pihaknya menunjukkan sebaliknya.

Ada yang mendakwa menerima kenaikan gaji jauh lebih rendah daripada kadar yang diumumkan Najib.

“Jelaskan kedudukan kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus ini,” kata Omar ketika itu.

Beberapa parti politik juga menggesa kerajaan menangguhkan SBPA atas alasan mengabaikan kepentingan kakitangan kumpulan rendah, yang merupakan dua pertiga saiz kakitangan awam.



Komen Aku : Layan kan je la....

CeraMah AgaMa MaLAM Tadi!!

Dengan semangat berkobar2...
kol 7.30 malam aku dah siap mandi solat, siap kan zahraa..
dalam kol 7.45 aku gerak dari rumah bersama jiran ku fiza...
kami 2 keluarga menuju ke surau...
nampak nye cuaca macam nak hujan...

sampai je surau...
ceramah baru je start....
hujan rahmat pun mulai turun mungkin memberkati majlis ilmu tersebut...
2 org puteri masih berada dalam keadaan terkawal...
lepas setengah jam..
mula dah...
berebut2 barang pulak...
last2 sekali bonda & mama fiza dah tak leh beri tumpuan...
pk punye pk....
aku & mama fiza ambik keputusan untuk pulang...
selepas hanya 45 minit mendengar ceramah...
alamak kunci rumah kat papa pulak...
last2 lepak umah mama fiza...
layan 2 org puteri bermain...

terbantut semangat bonda 
&
 mama fiza nak dengar ceramah...
dalam kol 10 malam papa balik bawa bekal dari surau...
masa nak balik rumah tu...
zahraa nagis2 tak mau balik...
seronok kot dok main ngan izah kat umah mama fiza...
sampai je umah...
lepas makan2 terus tido...ZzZZZzZ


Wednesday, 11 January 2012

Lesen Kenderaan Automatik Mei Ini

Mei ni jugak aku gi daftar kelas memandu...
hiihiihi...
terus cakap ngan papa nak belajar kete bulan mei ni...
huuhuuhu...
lepas ni senang la nak bawa zahraa jalan2...
tapi ada kekurangan nye jugak...ye la...
lesen ni tak boleh digunapakai untuk membawa kereta manual...
akan dikenakan tindakan...
tapi lesen manual pulak bleh bawa dua2...
tak pe la...
janji kete papa skang auto...
kalau beli kete baru nanti pun...
akan aku paksa papa untuk beli kete auto jugak...
semangat nak belajar ni...
nape dia tak laksanakan awal tahun ni je...
bleh aku g daftar sekarang...


Tuesday, 10 January 2012

MiNi FoRuM SuRau IsTiQaMah


Esok malam bleh join ni...
bawa zahraa sekali....
forum agama yang lepas tak dapat join...
sebab kita org berkampung di PPUM untuk operation zahraa...
last2 operation postponed...ruginye..
dah la panel dia ustazah robiah & ustaz don...
tak pe la...
yang pasti forum untuk esok, insyaAllah kami sekeluarga akan hadir...
 Marilah ramai2 penduduk Presint 18r8 memeriahkan majlis ilmu ini...
semoga kita semua mendapat keberkatan dari majlis ilmu ini...

Gaji Penjawat Awam 16 Januari (SSM) dan 31 Januari (SBPA)

KUALA LUMPUR - Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Jan ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Menurut satu kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dibayar pada 31 Januari ini.

"Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Jan 2012 berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari 2012," katanya.

Menurut kenyataan itu, pembayaran gaji bulanan di bawah SBPA akan dibuat seperti biasa mengikut jadual mulai Februari. - Bernama

Komen aku : tak kesah la masuk bila2 pun...malas dah nak PK...

Kedai PeraBoT NAZA...

Aku nak cite skit pasal hari sabtu yang lalu..
aku & papa g survey2 katil queen saiz untuk zahraa...
saje beli queen saiz sebab zahraa tido sgt2 la lasak...
lagi satu senang kalau adik zahraa girl jugak,
bleh kongsi2 tido katil ngan zahraa...
dah jimat skit...

aku & papa g survey area bangi...
banyak jugak la kedai2 yang kita org masuk...
tapi kebanyakkan kedai area situ pemilik nye adalah cina..
dah la kerek, kalau kita tak jadi beli buat muka...
tak bleh blah...
kebanyakkan kedai yang mula2 kita org survey suma ada kos penghantaran...
RM50 pulak tu...
padahal bangi ngan putrajaya tu bukan nye jauh sgt pun...

last2 jumpa satu kedai melayu ni...
first yang aku tanye kos penghantaran..
sales man tu kata, area putrajaya FOC...
Alhamdulillah...
akhirnya jumpa gak kedai perabot yang ok...
kedai tu 100% bumiputera..
so senang la nak kawtim...
bangsa kita jugak...

pilih punye pilih...
 jumpa la katil queen saiz yang cantik pada pandangan mata...
tapi ada problem la pulak, diaorg call semalam kata tak bleh sampai sebelum raya cina..
malam tadi aku & papa g la balik kedai tu...
pilih katil dari company lain yang bleh hantar awal skit...
akhirnye semua keputusan telah pun dipersetujui...
katil dah pilih, penghantaran pulak selewat2nya sebelum raya cina...

sape2 yang dok putrajaya, kalau nak beli perabot...
bleh la try survey kat kedai ni...
nama kedai ni, kedai perabot NAZA...
seksyen 7, bangi...


Monday, 9 January 2012