Blogger Templates

Monday, 27 February 2012

Karnival WoW Putrajaya 2012 Part 2

Malam lepas balik dari tengok bunga api tu..
plan ngan papa, pagi esok bleh bawa mak & abah pulak...
jadi tepat jam 7.30 pagi semua dikerah bangun & bersiap...
sebelum ke karnival tersebut...
papa bawa kita org g bekpes kat presint 9...
kene isi perut siap2...
takut pengsan pulak kat karnival tu nanti...
sampai2 je kat karnival...mak ai panas nye...
matahari dah mula tegak atas kepala...
ingat kan g awal2 ni tak la panas sgt....

tempat pertama yang dituju adalah kandang kuda...
elok je papa parking sebelah kandang kuda...
cam tau2 je...
memang dah janji sebelum tu nak bawa zahraa naik kuda...

 papa dah macam koboi la!!
zahraa & papa tunggu giliran nak naik kuda...

amboi zahraa...
teruja sungguh dia dapat naik kuda...
pasni bleh naik kuda sokmo...
sape yang nak naik kuda bleh g kat equestrian park putrajaya...
RM20 pusing satu padang polo...
kat karnival wow padang dia kecik so harga murah skit RM10 je..

 atuk & nenek sedang menonton aksi papa & zahraa menaiki kuda...

 cari tempat aircornd untuk sejuk kan badan dulu...
lepas tu sambung jalan balik...


menjerit zahraa tengok benda alah ni...
ingat kan dia teruja....rupanye dia menjerit ketakutan...
sampai nangis2...

 bersama maskot bomba...

wah!!!zahraa naik ne no ne  no....
berangan jadi bomba sekejap...

patung pasukan penyelamat kot...
nampak tak kat belakang patung tu...
ada perempuan ngah gayut2...
ape tah nama benda tu...

 atuk ngah tolong nenek isi borang untuk buat
medical check up...

nurse ngah periksa tekanan darah nenek...
nurse kata semua normal...
cuma nenek kene turunkan skit berat badan...

 bonda & zahraa ngah tunggu nenek...
sempat lagi posing...

papa bawa zahraa tengok persembahan Upin & Ipin...
zahraa siap angkat2 tangan, konon2 berjoget sekali la...

zahraa & papa bergambar ngan adik asyiela putri azhar..
upin & ipin guna suara adik ni la....
baru tahu adik ni org putrajaya rupanye....

perjalanan pulang...
nenek berebut air ngan zahraa...
sebelum balik kene bawa zahraa g hospital dulu...
cuci luka....harap2 dah beransur ok..

ole2 buat zahraa...
tabung upin & ipin 1 malaysia &
lampu angry bird siap lagu lagi...

Karnival WoW Putrajaya 2012 Part !

Assalamualaikum & morning semua...
pagi ni nak mula kan cite mengenai sabtu malam ahad yang lalu...
memang syok...sebab dah plan awal2...
ngan mai & husband..
untuk menonton bunga api...
lepas solat isyak je terus gerak...
tapi dlm perjalanan menuju ke karnival wow tu...
terdengar bunyi yang agak kuat...
alamak bunga api dah keluar la...
 cam ne ni??
papa pun jawab tu baru pembukaan kot...
hopefully la...
kalau tak kempunan la cik zahraa nak tgk...

Sampai je karnival wow tu...
mai pun mesej...
dia baru nak gerak...
so aku & papa plan g jalan2 dulu la...

posing2 dulu... 

zahraa ni bonda suh peace...
dia buat give me 5 pulak...dah x nampak muka..

 set ni untuk siaran langsung program Selamat Pagi Malaysia...

basikal ape ni???hiiihiii...
dah kata penghijauan wilayah persekutuan putrajaya...
so kene la naik basikal....baru la x tercemar ngan asap..

tengah2 jalan teringat mai...
so bonda pun ajak papa tunggu 1 tempat nanti senang mai nak cari...
sambil lepak2 tunggu mai...
layan nengok bebudak naik motor kecik...
lawak je...org besar dari moto...
hahahaha...cam tak stabil pun ada

mai sampai je, kita org pun terus g cari makanan...
sementara nak tunggu bunga api...
bleh gak makan2 & lepak...

lepak2 sambil makan kebab...

lambat nye....
cik zahraa dah mula busan menunngu...

akhirnya...selepas 2 jam menunggu...
nasib baik berbaloi...

Thursday, 23 February 2012

Hari Pertama Gaji

Kalau perempuan tu...
perempuan jugak la...
shopping...shopping dan shopping lagi...
tak dapat banyak skit pun jadi la...
tapi aku ni bukan lah org yang kaki shopping...
tapi sekali beli...mesti perabih....
sekali sekala...tak ape...
dah la kat kompleks kerajaan ni sokmo buat jualan...
macam2 ada...siap kan duit je...

 2 pasang tudung yang sempat dirembat...

dok sejuk2 ni kene la pakai losyen...
nanti kulit kering...
+ gincu menggantikan gincu yang dah abis...

Adik Faris Telah Menemui PenciptaNya

"Salam Mazidul, Faris telah pergi buat selama-lamanya. Mohon maklumkan kepada semua, wang sumbangan telah mencukupi untuk menjelaskan bil hospital'
Itu pesanan ringkas dihantar kepada saya oleh ayah Faris pada jam 10.18 pagi tadi.
Takziah Sham, Zuraine dan ahli keluarga.
Ternyata Allah lebih sayangkan Faris Nur Daniel, di syurgalah tempat anak itu, InsyaAllah.
Mewakili keluarga Faris, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada setiap pembaca blog ini dan semua sudi menyumbang, membantu membiayai kos rawatan arwah sewaktu dirawat selama 23 hari.

Ayat di atas aku copy dari n3 en mazidul yang bertajuk 
Faris Telah Pergi Buat Selamanya...Al Fatihah..

Takziah aku ucapkan kepada keluarga adik faris...
semoga roh adik faris ditempatkan dikalangan orang2 yang dikasihi Nya...
dari Dia kita datang dan kepada Nya kita kembali...
Al-Fatihah...

Wednesday, 22 February 2012

Malaysia VS Jepun

(kredit to mr google)

Kawan-kawan ku semua...
malam ni jangan lupa tengok bola....hiihiii
malaysia VS jepun....
walaupun atas kertas kemenangan sudah tertulis milik jepun...
 sebagai anak malaysia sejati...
bonda, papa & zahraa tetap berdiri teguh sebagai penyokong kuat harimau malaya...
semangat wei....hiihiii....
selamanya harimau malaya...
tv2 & astro arena akan menyiarkan perlawanan tersebut secara langsung jam 7.00 malam...

Live Your Life From Yuna...Layannnn!!!

Bantuan Untuk Adik Faris

Sayu je hati bila baca artikel dari blog en mazidul...
teringat kat zahraa...
Ya Allah...
Kau ringan kan la kesakitan yang adik faris tanggung...
Kau tabahkan la hati kedua ibu bapa nye....
kita sebagai manusia biasa hanya mampu menyumbang ape yang termampu...
tetapi 
Dengan kekuasaan Allah, InsyaAllah adik Faris akan sembuh...

sama2 la kita memberi sedikit sumbangan dan berdoa untuk adik faris....

semoga adik faris cepat sembuh....

Untuk mengetahui maklumat selanjutnya boleh klik url di bawah:

Tuesday, 21 February 2012

Betul Ke Free Ni??


Mesti senyum je semua staf ibu pejabat, Kementerian Kesihatan Malaysia...
ye la dapat benda free...
sape tak suka kan.....
bleh bawa balik makan bersama keluarga....
hiihiii...dah la hujung2 bulan...
Alhamdulillah...
terima kasih la kepada Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM...
mesti zahraa suka...NyUmmmY!!

Didik Anak Sebelum & Selepas Tido


1. Bersihkan diri sebelum tidur.

    i. Gosok gigi dan mengambil wuduk.
    ii. Ingatkan anak supaya membaca doa dan ayat-ayat Al-Qur’an sebelum tidur.
    iii. Baca doa sebelum tidur.
    iv. Baca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas
        (Sapu ke seluruh tubuh hingga ke bawah ).

2. Cium ubun-ubunnya sebelum tidur dan hembuskan doa-doa terbaik untuk kebaikan anak. 
    Diantara doa-doanya ialah :

Dan (Ingatlah) ketika Luqman Berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”.
Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya; dia memberi rezki kepada yang di kehendaki-Nya dan dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.
“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh.”

KAEDAH MENGEJUT ANAK BANGUN DARI TIDUR 

Ibu-Ibu, bapa-bapa serta saudara-saudari seislamku,
Ingatlah,
Setiap Insan pasti mahu memulakan harinya dengan ceria dan bersemangat. Jika bangun pagi sudah dimulai dengan perkara kurang baik, ditakuti ia akan merosakkan mood sepanjang hari. Sebelum tidur, pasti kebanyakan individu menyimpan cita-cita untuk masa depan, mengenangkan peristiwa lalu serta memikirkan perkara yang akan dilakukan pada keesokkan harinya.

Ingatlah wahai saudara-saudariku…

Cuba kita ingat dan kenang kembali bagaimana ibu mengejutkan kita bangun pagi setiap hari untuk ke sekolah serta hari-hari cuti. Namun apabila besar dan mula ke sekolah menengah kita sudah pandai mengunci jam sendiri untuk bangun pagi ke sekolah dan sebagainya. Sedang kita lena enak dibuai mimpi, tiba-tiba kita dikejutkan dengan kasar atau perkataan yang menyakitkan telinga yang mendengar serta menyakitkan hati, sudah pasti hati berasa sangat marah. Apabila sudah dewasa dan berkeluarga, bagaimana pula kita mengejutkan anak-anak bangun dari tidur..? Kadang-kala ibu berasa letih dan marah apabila anak yang dikejut berkali-kali tidak juga bangun dari tidurnya. Sudah digerakkan supaya bangun, tetapi masih juga mengalihkan tubuhnya ke posisi lain untuk menyambung tidurnya. Apabila dikejutkan sekali lagi, ia mendengus kerana marah diganggu.

Ibu dan bapa yang dirahmati Allah sekalian…,

Kejutlah anak kita dengan penuh kasih-sayang, bukan menjerit dan menggegarkan tubuh si anak dengan kasar.Ini akan membuatkan si anak bertambah malas untuk bangun daripada tidur akibat sikap ibu yang suka menjerit atau menggunakan kekerasan semasa mengejut si anak. Biasanya kita menyuruh si anak segera bangun daripada tidur, sedangkan ada masanya anak mahu bermalas-malasan seketika sebelum bangun daripada tidur. Sesungguhnya,kata-kata yang baik akan membuat si anak berasa bersemangat untuk bangun daripada tidur. Jika si anak jenis yang liat bangun tidur, maka usahakanlah membelainya dengan kata-kata lembut dan mengusapnya. Dia akan merasa bahagia dan tahu dirinya disayangi .

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Ingat..!
Jangan lupa baca doa bangun daripada tidur. Jika tidak berjaya mengejutkan anak dengan belaian dan kata-kata lembut, cubalah gerakkan tangan dan kakinya seolah-olah sedang bersenam. Anak yang masih mengantuk juga akan cepat tersedar apabila ibu atau bapa mengejutkannya dengan cara membuat kelakar atau bergurau. Ketika masih mengantuk,dia mungkin akan ketawa apabila mendengar gurauan ibu bapanya , dan akan memulakan paginya dengan perasaan ceria dan bahagia. Sebaliknya ,cara kekerasan seperti meleteri,merentap kain selimut dan menarik telinga si anak untuk mengejutkannya daripada tidur, hanya akan menyebabkan si anak merasa malas dan tertekan bangun daripada tidur. Tidak kira samada anak tidur pada waktu pagi, tengahari atau malam, seharusnya ibu dan bapa menggunakan pendekatan baik untuk mengejutkan anak. Perkataan kasar atau kesat akan menyebabkan anak merasa jauh hatinya. Jika cara kekerasan di gunakan dalam mengejutkan anak daripada tidur, bimbang ia akan merosakkan personaliti si anak. Emosi anak juga akan terganggu dan tidak menentu serta merasakan suatu seksaan untuk bangun daripada tidur setiap hari. Tidak dinafikan, ada si anak yang mempunyai tabiat bangun pagi dengan merengek atau sering saja buat hal, Namun seharusnya kasih sayang dimanfaatkan bagi memujuk si kecil bangun daripada tidur.

Sumber: http://www.halaqah.net/

Thursday, 16 February 2012

Karnival WoW Putrajaya 2012 !!!!

Jom ramai2 memeriahkan karnival wow putrajaya 2012....
bonda & papa kalau g pun sebab nak bawa zahraa tgk bunga api....
skang ni putrajaya dah meriah dengan pelbagai karnival...
dulu org kata putrajaya ni bandar mati....
skang ambik kau...macam2 karnival ada....
rajin ngan tak rajin je nak g....

lepas karnival wow ni, ada hot air balloon festival...
yang akan berlangsung pada 15-18 mac 2012...
yang ni kalau kami tak g pun tak pe...
sebab balloon2 ni akan melintas depan umah kami...
tengok dari balkoni pun dah puas....
tapi papa plan nak ajak naik balloon atau helikopter...
kalau naik balloon seorang RM10...
tapi bergantung keadaan cuaca jugak...
helikopter pulak seorang RM130...
mak ai mana nak cekau duit ni...
kalau nak tahu lebih lanjut mengenai hot air balloon festival bleh layari website ni:


Tuesday, 14 February 2012

Perkembangan Kesihatan Kaki Zahraa


Semalam aku cuti lagi...
bawa zahraa ke PPUM...
follow up kaki zahraa.....
so far luka bawah tapak kaki memang dah kering sepenuhnya...
cuma bahagian atas kaki masih basah dan menampak kan isi daging...
seriau bonda & papa tengok nurse cuci luka semalam ...
siap toreh2 pakai pisau untuk buang benda2 yang akan mengahalang sel kulit baru untuk tumbuh...
sebab luka nampak cam tak cantik je...
so nurse kata kita try guna satu produk ni...
ape tah nama dia...
benda tu kene tepek kat tempat luka tu....
dalam benda alah tu ada silver, 
tujuan sliver tu untuk membunuh kuman2 yang menyebabkan luka lambat sembuh..
RM 20.00 satu packet...ubat tu pulak GL tak cover...
so kene bayar sendiri la....
papa kata nanti dia claim ngan opis dia...selamat!!
lepas settel dressing luka..
kene g bahagian pemulihan anggota pulak....
nak kene buat kasut khas untuk zahraa...
tapi dr kat situ kata dia tak kan buat selagi kaki zahraa tak sembuh...
nanti takut luka lagi teruk....
kene tunggu lagi la...
sian zahraa.....terbantut nak jalan...
semalam bincang kos nak buat kasut khas tu ngan dr...
dr kata harga dia dalam RM 420.00....
u kene bayar sendiri dulu...
kalau u kerja ngan goverment u bleh try claim....
so pagi2 tadi sampai opis aku call bahagian pengurusan untuk kepastian...
bleh try claim tapi kelulusan dibuat panel yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ...
panel lulus atau pun tidak...cuba je la pohon...
harap2 lulus...
tapi zahraa happy la semalam dr kata dah tak yah pakai back slep lagi...
pakai bandage je...selesa skit rasa nye...
bonda harap minggu ni luka zahraa dah kering sepenuh nya....

bonda snap gambar ni pagi tadi...
time zahraa nyenyak tido...

Wednesday, 8 February 2012

Besday Party & Kenduri Kahwin..

Sepanjang cuti yang lalu...
sempat gak la bawa zahraa jalan2...
walaupun zahraa tak bleh berjalan sementara waktu ni....
bonda & papa tetap bawa zahraa beriadah seperti kanak2 lain...
bawa zahraa g celebrate besday party hayfa....
zahraa org yang sgt teruja kalau sebut pasal besday...
pantang nampak kek, lilin...
dia akan nyanyi lagu appy besday to zahraa....
walaupun bukan besday dia....
zahraa....zahraa...

papa, uncle harith
zahraa & hayfa... 

adik hayfa mamam ape tu?? 

peace....with topi barbie... 

appy besday to adik hayfa...
present untuk adik hayfa...

Tidak lupa juga kenduri kahwin adik kepada membe bonda...
di kompleks kejiranan presint 9....
pengantin sgt la muda...
sama cam bonda ngan papa masa bersanding dulu....
huuhuuhuu....
 almaklum la...bonda & papa kahwin muda...

ait...nampak pelik je tu... 

zahraa teruja nengok pengantin...

Malas Nye Nak G Keje

Hari ni hari pertama start keje....
selepas hampir 2 minggu bercuti...
badan masih lagi letih....
emosi masih lagi tak stabil.....
dah la malam tadi zahraa tak tido...
merengek je sampai pagi...
ya Allah kau beri la hamba Mu ini tenaga & kekuatan...
serta kesabaran...

Skang hari2 bawa zahraa g cuci luka...
buat kat hospital swasta atas kebenaran PPUM...
penat la nak ulang alik ke PPUM...
jalan jem...
kalau kat swasta bleh buat lepas balik keje...
sib baik papa ada panel...
kalau tak kene bayar la jawabnye...

sebahagian dari luka pembedahan sudah pun sembuh sepenuhnya...
ada skit2 je masih basah...
harap2 minggu depan dah kering semua...
zahraa anak yang kuat semangat...
semalam cuci luka...tak nangis skit pun...
cuma waktu malam je...zahraa susah nak tido...
mungkin sebab 24 jam kene pakai bandage & back slep...
dr pun ada kata tak ada sape pun bleh tahan kene balut cam tu...
zahraa selalu merengek sebab gatal...
maaf la zahraa bonda tak bleh buat ape...
harap2 minggu depan zahraa dah tak pakai benda alah tu lagi ek..

Rasa mengantuk sangat2....
1 malam tak tido....
sib baik bos meeting...
bleh gak la tido2 ayam....


Friday, 3 February 2012

Lagu Untuk Puteri Hatiku...Zahraa!!

Bonda suka sangat2 lagu ni...
bonda tujukan khas buat puteri kesayangan bonda, zahraa...
 semoga anak bonda cepat sembuh dan kembali ceria...
i love u so much..

Terukir Di Bintang -Yuna...

Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia
Akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu
Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu
Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu
Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu