Blogger Templates

Friday, 30 March 2012

Semanis Kurma Keluarga Bahagia

Hari ni kat opis aku ada buat program bicara rohani....
dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia...
panel jemputan adalah:

Y. Bhg Dato' Siti Nor Bahyah bt Mahmud
&
Ustaz Wan Akashah

program yang berlangsung selama 1 jam tersebut banyak mengupas
bagaimana untuk membentuk keluarga bahagia dan menjadikan Rasul sebagai model...

aku syer skit input yang aku dapat dari program tersebut...

Asas Keluarga Bahagia

pertama sekali kene ada iman & takwa kepada Allah....

yang ke 2 kasih sayang.....
-sentiasa bagi hadiah....
-kata2 rangsangan, sentiasa puji memuji....
-elakkan bercakap perkataan yang x baik....
-sentuhan fizikal (salam cium tangan)...
-masa berkualiti (solat, makan bersama, hobi)...
kasih sayang ni kita kene tunjuk (buktikan dengan kata2, & perbuatan)...

yang ke 3 pergaulan yang baik....

yang ke 4 amanah & tanggungjawab.....
suami/isteri/anak amanah Allah....
kene jaga elok2....sebab akan disoal oleh Allah...
apa yang ada pada kita hari ini bukan hak mutlak....
suami/isteri/anak adalah hak Allah...

yang ke 5 rezeki yang halal....

yang ke 6 berdoa pada Allah....
surah an naml ayat 30-31...untuk melembutkan hati anak/suami/isteri....
"Innahuu min sulaimaana wainnahuu bismillaahirrahmaanirrahiiiim. 
Allaa ta'luu a'layya wa'tuunii muslimiiiin"....

yang ke 7 berbuat baik kepada ibu & bapa....

itu lah serba sedikit ilmu yang aku nak syer kan ngan korang semua....
semoga kita semua dapat membentuk keluarga bahagia bagi 
melahirkan generasi yang akan sentiasa meletakkan Islam sebagai panduan...

 kurus je ustazah bahyah ni...
tengok dalam tv nampak berisi...
tah2 kalau kita masuk tv mesti nampak double XXL...

 tak tahan....
semua nak menyelit....hiihiii...
puas dapat bergambar ngan ustazah bahyah....

 org petama tu bergambar ngan ustazah....

Thursday, 29 March 2012

Barbie

Balik keje semalam g cari barang dapur...
biasa kami kalau cari barang dapur kat carefour, alamanda...
tapi semalam tetiba lak menyinggah kat cold storage...
best gak barang2 kat situ...sayur & buah2an segar2...
dynamo & kicap cap kipas udang dia pun murah skit dari carefour..
murah singgit je la...murah la jugak kan??

Nak dijadikan cite masa mula2 sampai carefour lagi...
cik zahraa ni dah minta barbie...tapi bonda & papa buat2 x dengar je...
tapi lama2 dia asyik sebut barbie je...sian la pulak...
jadi ape lagi...
berjaya la cik zahraa kita ni pau papa beli patung barbie yang diidamkan sgt tu....


belum sempat sampai rumah...
kat KFC dah selamat di kerjakan oleh cik zahraa kita ni... 

bonda & papa cbuk makan...
dia cbuk ngan patung barbie dia... 

picture ni zahraa yang snap....comey gak!!
koleksi barbie pertama zahraa...

Wednesday, 28 March 2012

Hand, Foot & Mouth Disease (HFMD)

HFMD (Sila klik untuk info lanjut)
Sekarang penyakit ni tengah menular..
bleh dikatakan kebanyakkan taska di area putrajaya 
&
 sekitar nye terpaksa ditutup untuk mengelak keadaan menjadi lebih teruk....
termasuk la taska zahraa....
dari semalam sampai la hari jumaat ni taska terpaksa ditutup...
sebab nye dah ramai kanak2 berumur diantara 2 ke 3 tahun dijangkiti penyakit ni...

  semalam dalam berita pun ada memaklumkan peningkatan HFMD di daerah2
yang terdapat di negeri sarawak...dekat sarawak setiap tahun penyakit ni agak teruk...
ada sampai membawa kepada kematian...

zahraa dah 3 kali dijangkiti penyakit ni...harap2 kali ni x la...
so sepanjang taska zahraa tutup...
bonda terpaksa la bawa zahraa ke opis...
sib baik bos bonda bagi green light...

nampak tak lukisan tu...tu la lukisan budak yang kebosanan...
sian dia....kene dok opis bonda yang sejuk ni.... 

aktiviti ke 2 menonton muvi kegemaran.... 

dan aktiviti yang terakhir adalah ZzZZzzZ....
kepenatan selepas setengah hari mengeksplore 
segala barang opis yang ada dalam bilik bonda.... 

Monday, 26 March 2012

Let's Go To The ZooOooO (N3 Bergambar)

Jom mengembara ke Zoo Negara....











The Lorax + Cintailah Bumi Kita

Jumaat malam sabtu yang lalu...
bonda & papa bawa zahraa layan muvi the lorax...
kat GSC, alamanda....
cerita yang baik untuk tontonan seisi keluarga....
kalau dihayati betul2 jalan cerita nya...padat dengan mesej...

Sesuai untuk kanak2 selain dari berhibur mereka juga didedahkan mengenai
pentingan menjaga bumi hari ini untuk generasi akan datang...

Cerita ini bemula dengan warna warni kehidupan sebuah bandar terancang bernama Thneedville, semua lengkap kecuali 1 benda iaitu mereka tidak memiliki pokok atau tumbuhan sebenar. semua pokok yang ada didalam bandar tersebut adelah fake dan secara tidak langsung menyebabkan mereka tidak mempunyai udara bersih sehingga terpaksa membeli daripada sebuah syarikat yang membekalkan udara bersih (oksigen) kepada semua penduduk di bandar tersebut.

Ted, merupakan seorang kanak2 berumur 12tahun yang mempunyai pemikiran yg sgt realistik dan idealistik ingin ‘mengorat’ Audrey yang merupakan girl teenage yang saya rase lebih tua dri beliau *sbb nenek Ted ade mention high school girl*. Audrey ada memasang perasaan ingin melihat, menyentuh dan merasa sendiri pokok yang sebenar. Atas desakan itu, Ted sanggup keluar dari bandar semata2 ingin berjumpa dengan seorang lelaki bernama Once-ler. Suatu ketika dahulu, dunia dipenuhi dengan Truffula Tree *sejenis pokok yang boleh menghasilkan pakaian* dan atas sikap tamak Once-ler, beliau telah mengubah kawasan hutan berwarna warni dengan pokok tersebut kepada sebuah kawasan padang jarak padang terkukur.






Akan tetapi beliau masih memiliki sebiji benih terakhir Truffula dan memberikan kepada Ted dengan harapan Ted akan menyambung warisan dengan  menanam benih tersebut. Pelbagai dugaan yang Ted tempuhi untuk menanam pokok tersebut, dihalang oleh pemilik syarikat pembekal udara bersih kerana menganggap bisnes mereka akan bankrupt apabila pokok ini wujud. Persoalan nya, dapatkah Ted menanam benih tersebut di tengah2 bandar mereka? Apa yang akan berlaku selepas itu? so, saksikan “Dr. Seuss’ The Lorax”
kredit to www.kakiwayang.com 

zahraa sempat berposing ....
sambil2 tunggu bonda beli popcorn...
belakang tu adalah promosi untuk filem john carter...

Komen : Filem yang sangat2 Amazing....

Monday, 19 March 2012

Pusingan Akhir Adik Adik Ku Musim Ke 3

"Adik Adik Anak Solleh
Adik Adik serba Boleh 
Adik Adik Akhlak Yang Mulia
Senyum Ceria Semua Orang Suka
Berkasih Sayang Sesama Kita
Taat Allah & Rasul
Kasih Kan Ibu Bapa..."

Ewah!!!ewah!!!over pulak bonda nyanyi....
bonda pun dah hafal lagu tema adik adik ku...
malam tadi berlangsung pusingan akhir adik2 ku musim ke 3 di PICC...
bonda & papa adalah peminat setia rancangan ni....
lepas solat maghrib je kami terus gerak dari rumah menuju ke PICC...
sampai2 sana terus cari dewan plenary...
ingat kan dah lewat rupanya banyak lagi tempat kosong...

Bertemakan tajuk 'Memaju Pewaris Zaman'...
5 orang peserta akan berentap...
peserta kegemaran bonda berasal dari Brunei....hihiii
iaitu adik nurkhairiah afiqah binti metamit...
suka sgt2cara dia berpidato....sangat2 bersemangat....
peserta lain pun tidak kurang hebat nya....
tapi akhirnya kemenangan berpihak kepada peserta dari terengganu...
iaitu adik nurussyahamah taqiah binti nurunnajmi...
suara adik ni mengaji sgt2 la sedap...meremang bulu roma...

InsyaAllah kalau ada rezeki...
bonda nak zahraa jadi salah seorang da'ie (peserta)....
Amin...

 posing dulu depan rumah...

 bakal da'ie adik2 ku musim akan datang...



 zahraa makan ape tu??

 pentas adik2 ku musim ke 3...

 2 org pengacara adik2 ku...
Mohamed Noor Mahamed Yusof
& Adik Mohamad An-Naim Yasim...

 peserta kegemaran bonda sedang berpidato...

 abon sebagai artis jemputan...
ketika penonton dirumah sedang disajikan dengan iklan..
kami di PICC layan lawak abon....hiihiii....





 Permaisuri Agong sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang...

ok....lets go...
nyanyi ramai2....lagu tema adik2 ku....
zahraa nyanyi dengan semangat & kuat nye.... hiihiii....

door gift dari gardenia...
cabutan bertuah pun ada...tapi no kami tak bertuah malam tu...

Night Glow I Hot Air Balloon Festival 2012

Dalam keadaan diri ku yang x berapa nak sihat....
redah gak bawa zahraa g night glow + fireworks show...
@Hot Air Balloon Festival 2012....
dengan org yang mencecah 200,000...
bukan aku yang suka2 cakap tapi dj malam tu yang announce...
perhhhh...memang happening la putrajaya malam tu...
aku pulak dok sibuk terkemut2 mana tak nye...
aku belum baik sepenuhnya dari ceri beri + muntah yang dah masuk 3 hari...
memang SEKSA rasanye...tapi sebab zahraa punye pasal...
bonda redah juga..........


 night glow sungguh.....


 bonda cakap kat zahraa...tengok tu UFO...hahahahaha...
kejap warna purple..kejap warna biru...





 mahal gile benda alah yang zahraa main tu...
tak belikan sian pulak...

bersantai menunggu fireworks...

pemandangan dari jauh...

eh..eh...tersesat pulak gambar ni....
gambar ni di ambil dari balkoni umah kami...
balloon tersalah landing....