Blogger Templates

Wednesday, 30 May 2012

7 Kilo Lagi~U Can Do It Suraya!!!

Tajuk N3 ni adalah untuk memberi peransang kepada diri sendiri....
harap2 sebelum plan nak berbaby balik hujung tahun ni...
bonda zahraa ni dah dapat berat ideal seperti zaman2 remaja dulu...
seronok rasa nye dapat berbaju cantik2...
skang pun bleh berbaju cantik tapi kalau kurus skit lagi...
mesti lagi banyak baju cantik2 bonda zahraa ni boleh pakai....

ye la, kebanyakkan baju yang di jual di pasaran adalah bersaiz comey2...
so bonda kene la mencomey kan saiz badan untuk menyarung pakaian tersebut...
dengan kerja keras setiap hari menahan lapar, bersenam walaupun tengah menggoreng ikan...
pelik je zahraa tengok bonda skipping kat dapur... :P
tapi hasil nye memang memuaskan....

semoga impian bonda zahraa ni menjadi realiti...bukan untuk kecantikkan semata2...
tapi untuk kesihatan yang lebih baik...insyaAllah....

Monday, 28 May 2012

Adakah CintaKu Seteguh Cinta Ummu Darda'

Ummu Darda', nama asalnya ialah Hujaimah al-Himyariah. Beliau ialah isteri Abu Darda', seorang sahabat rasulullah saw yang hidup di Syam. Ummu Darda' dan Abu Darda' adalah pasangan bahagia.

Suatu hari, Ummu Darda' berdoa di hadapan suaminya, "Ya ALLAH, sesungguhnya Abu Darda' meminangku di dunia, lalu aku menikahinya. Maka sekarang aku meminangnya kepadaMU untuk menjadi suamiku di syurga."

Mendengar ucapan ini, Abu al-Darda' berkata, "Jika engkau ingin menjadi isteriku di syurga, janganlah menikah lagi setelah aku meninggal dunia."

Ummu al-Darda' seorang wanita yang cantik dan cerdas. Maka setelah Abu Darda' wafat, Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan datang untuk meminangnya. Namun, isteri yang setia dengan cinta pertamanya ini menolak pinangan tersebut.

Kisah Ummu al-Darda' mengingatkan kita bahawa cinta yang terjalin kerana ALLAH dan mengharapkan redha Ilahi tidak akan berakhir dengan kematian. Akan tetapi, ianya akan terus menyala dan hidup kekal di dalam syurga abadi.

sumber asal : Majalah Solusi isu 24 - karya Umar M Noor.

semoga cinta kami seteguh cinta Ummu Darda'....InsyaAllah...

Wednesday, 16 May 2012

Trip To Port Dickson~2 Hari 1 Malam

Sedey sgt nak mula kan cite pasal trip ni...
sebab separuh gambar yang di ambil menggunakan tepon....hilang!!!
motherboard Samsung Galaxy SII bonda rosak....
skang berada di Samsung Centre....
sedih sgt....dah la banyak gambar dalam tu....
sib baik under warranty....kalau tak lagi sedey....

tak pe2...kita tgk gambar yang ada je la ye....
& bonda cite keseronokan trip ke PD bersama jiran kesayangan bonda...
dah lama sebenarnye plan ngan jiran sebelah umah bonda ni....
akhirnya sabtu yang lepas sampai la kami 2 keluarga ke PD...
kami bertolak dari Putrajaya jam 9.30.....
sampai sana kol 11.30 terus lunch kat Cowboy Place...
memang terbaik la ayam panggang dia + nasi kukus...
tapi yang paling istimewa dan bonda tak pernah rasa kat mana2 lagi adalah sos nye...
tgh cite ni pun terliur....



perut pun dan kenyang....bergambar pun sudah...
so ape lagi....masa untuk merehatkan diri....
go to tiara beach resort untuk check in.....kami stay kat apartment 2 bilik...
sampai tiara dalam kol 12.30....
bersih kan diri, solat & ZZzzZzz....
lepas solat asar lebih kurang pukul 5 petang....
kami bertolak ke teluk kemang...


kami pun agak pelik....
time kami pergi ni tak ramai org...
boleh dikata kan sepanjang jalan ke teluk kemang pun lengang....
mungkin tengah bulan kot....

pukul 6.30 petang kami pulang ke hotel semula....
seperti biasa bersihkan diri & solat....
lepas maghrib kuar balik....
Diner Time!!!!
kami makan di Restoran Nasreen Seafood (Songkhla)...
memang betul la org kata....susah nak dapat dinner yang best2 kat PD ni...


lepas makan kami pusing2 pekan PD....
pas2 balik tido la.....

pagi ahad tu suma dah ready nak mandi pool....
tapi sayang hujan la pulak...
jadi lepak dulu la sambil layan nasi lemak.....
kol 9.30 baru turun pool.....
berendam la puas2...sampai kecut2...
kol 11.30 kami balik hotel....siap2 nak balik....
kol 12.30 gerak dari hotel...singgah lunch...
lunch tempat yang sama...cowboy place....
mana tak nye kami teringat2 ayam panggang & sos yang marvelos....
lepas lunch masuk highway menuju ke putrajaya.....

ini la satu2 nye gambar yang ada masa mandi pool kat tiara....
gambar ni pun ambik dalam instagram...
yang lain suma hilang....sedey sgt2....

seronok sangat2 dapat bercuti bersama keluarga & jiran kami....
next plan ke Melaka pulak....

Tuesday, 15 May 2012

Zahraa Luve Mama!!

Balik2 dari taska je...
cek beg zahraa jumpa kad yang comey ni....


mama ke, ibu ke, mummy ke, emak ke, umi ke, bonda ke....
maknanya tetap sama.....
tq zahraa...bonda pun LUVE zahraa juga...

Monday, 14 May 2012

Lunch @t Perkampungan Bunian

Seram kan dengan tajuk N3 ni...
tapi tu la realiti nye....
sebenarnya nama kedai makan ni Restoran Tapak Sulaiman...
bonda pun pelik mula2 tu...
nape la org bagi nama tempat tu cam tu....
tapi tadi bila g makan kat situ baru tahu....
oooo...mungkin sebab kedai makan tu jauh ke dalam kampung...
tu la satu2 kedai makan dalam kampung limau manis ni...
kampung limau manis ni pulak terletak diantara bangi & kajang....

pelik gak kedai yang tersembunyi ni...
mempunyai customer yang sgt2 ramai.....
ni mesti kes mulut atas mulut ni...
kalau tak booking jgn harap dapat makan....
dan makanan dia.....sgt2 sedap....
macam makanan yang mak2 kita selalu sediakan....
makan pun berhidang k...
yang paling penting makanan dia sgt banyak...
dan harga dia tak berbaloi dengan makanan yang di hidangkan....
tak berbaloi sebab murah k....

memang feel la makan kat situ...rasa macam makan kat kampung...
rasa macam makan kat kenduri pun ada...
sebab nye kita tak yah susah2 nak order ape....
lauk kat situ semua nya sama je....
menu akan berubah mengikut hari...
hari ni kan hari isnin, so menu nya adalah :
ketam masak lemak cili api, ikan goreng kicap, ayam goreng, sayur kobis & sambal belacan...

tadi g 4 org....semua tolak menolak untuk menghabis kan nasi & lauk....
banyak sgt yang di hidang...
sib baik ada papa & uncle harith (membe papa)...
lepas makan suma x larat nak bangun....

sampai2 je tgk nama dah ada atas meja....

 simple je kedai makan dia kan....tapi servis 5 star ma!!!

 tukang perabih...

gambar dah licin je sempat snap....
gambar sebelum tu tak sempat snap sebab suma dah tak sabar... 

 papa dok sedut isi ketam...
yang lain dah tersandar....

Friday, 11 May 2012

Dalam Hubungan Persahabatan


Saya bukan kategori macam ni kot!!!!

Friday, 4 May 2012

Kerana Dia Seorang Ibu!!

"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.”Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.”

“Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

Si anak kaku..

**Dah habis baca?Sedih kan...Itulah pengorbanan seorang ibu untuk anaknya....Begitu besar..