Blogger Templates

Monday, 30 July 2012

Main Masak-Masak @Ramadhan 8 & 9

Assalamualaikum sahabat2 bonda...
cam ne pose hari ni??
sekejap je dah masuk hari ke 10...

weekend hari tu bonda main masak2...
saje masak sepcial2 skit...
papa & zahraa jadi pembantu tanpa gaji...hehehehe...

aksi zahraa gentel kuih keria...
zahraa panggil kuih keria ni kek...
zahraa nak buat kek la...

ni pulak ngah gentel kuih onde-onde....
untung ada anak dara ni....

ramadhan ke 8...
nasi ayam resepi bonda, kuih keria hasil gentelan zahraa, dah jus tembikai lemon resepi papa....

ramadhan ke 9....
nasi tomato, ayam masak merah, jelatah, kuih onde-onde dan air ribena+7up...

baru beli barang dapur tu yang semanagat memasak...
hehehehe....

Friday, 27 July 2012

Berbuka Nasi Arab @Ramadhan 6

Semalam bonda minta papa tapau nasi arab...
kat saba, cyberjaya....
memang beratur la menunggu...sian papa...
sib baik servis dia tip top... laju la...
pas2 ambik zahraa terus g alamanda...
nak ambil kek yang bonda tempah pada hari isnin...

kira semalam buka pose sambil2 tu celebrate besday zahraa sekali...
bonda ajak jiran sebelah berbuka sekali...
memang besh sangat....
meriah rumah bonda semalam....
kalau tak berbuka berdua je...


sebenarnye bonda ni tak suka sangat nak beli makanan2 kat PARAM...
lebih suka masak sendiri...
rasa bila g PARAM ni lagi penat dari memasak kat dapur...
hehehehe....nak ngadap jem, bersesak2 ngan org...
tapi apa kan daya barang dapur tak sempat lagi nak beli...
baru plan nak g pasar borong selangor esok...
bila ada bahan ni baru semangat skit nak masak....

 seronok sangat...
besday party yang sangat2 santai...

 nyummmy...

 jenuh papa potong kek...
keras sgt...dah macam ais batu....
nama pun kek ais krim kan...

 seronok kalau kita hidup berjiran ni...
lagi2 kalau kita anggap diaorg cam keluarga...
ye la, apa2 pun jiran la yang  paling dekat...

kek zahraa sudah cair....

nampak nye petang ni kene g PARAM lagi la...
uh..tak suka nye...
esok baru start memasak juadah berbuka....
nak makan apa pun tak tahu??
sib baik la bonda & papa jenis tak kesah...
ada nasi, kurma & air pun dah cukup....
apa2 pun bersederhana la....


Thursday, 26 July 2012

Syukran Ya Allah!!

Alhamdulillah...
rezeki di bulan ramadhan....
ada 2 berita gembira yang bonda nak cite...
semalam PM umum setengah bulan gaji untuk semua kakitangan kerajaan...
memang rezki zahraa la...
bleh buat beli baju raya zahraa...
bonda tak beli baju pun tak pe cukup la baju kurung selai untuk pakai di pagi raya...

berita gembira kedua...
papa dapat kenaikan gaji....
seronok la suma staf MMU & TM dapat kenaikan gaji....
rezeki adik zahraa...
hehehhehee....insyaAllah...

Alhamdulillah.....TQ Allah....


Wednesday, 25 July 2012

Surprise For My Dear Princess!!

Bonda baru je balik dari kedai basikal kat dengkil...
dah lama plan ngan papa nak buat surprise kat puteri kesayangan...
akhirnya termakbul juga....

pilih2 yang mana berkenaan....

pekerja kedai ngah pasang apa yang patut....

dan akhirnya....
surprise besday present for my dear princess....
hopefully zahraa suka ngan hadiah ni...
bonda tak tahu nak beli apa...
tapi bonda tgk zahraa excited ngan beskal...
jadi bonda & papa setuju untuk beli beskal...

tak tau apa riaksi zahraa balik school nanti...
esok kita sambung cite keterujaan zahraa dapat beskal baru....

Monday, 23 July 2012

It's Ur Besday Puteri Zahraa!!

Allah selamat kan kamu...
Allah selamatkan kamu....
Allah selamat kan Puteri Zahraa....
Allah selamat kan kamu...

Happy besday to you....
happy besday to you....
happy besday to Puteri Zahraa...
happy besday to you....


rasa cam baru semalam je zahraa lahir...
cepat sungguh masa berlalu...
hari ni 23 julai 2012 bersamaan 3 ramadhan genapla usia zahraa yang ke-3 tahun....


 Selamat hari lahir my dear princess...
semoga membesar menjadi khalifah dimuka bumi pencipta Mu...
doa bonda & papa sentiasa mengiringi setiap masa & ketika agar
diri mu sentiasa berada didalam lindungan Nya.....



Friday, 20 July 2012

Alhamdulillah....


Alhamdulillah....
bonda, papa & zahraa dipanjangkan usia untuk menyambut ramadhan bersama pada tahun ini....
Ya Allah hamba Mu ini tidak sabar untuk merebut segala ganjaran Mu...
Kau berilah kesihatan yang baik kepada kami sekeluarga sepanjang ramadhan kali ini Ya Allah
supaya dapat kami laksanakan suruhan Mu dengan penuh kesempurnaan....amin....

TQ Allah!!

Tuesday, 17 July 2012

Ramadhan Semakin Menghampiri, Apakah Persediaan Kita???

Ramadhan semakin menghampiri.
Apakah ada antara kita yang mendengar ‘loceng-loceng’ yang menyatakannya?
Ramadhan semakin menghampiri, semakin mendekat, tetapi apakah persediaan kita? 
Ramai antara kita tidak peduli. 

Seakan-akan Ramadhan itu bukan sesuatu yang penting buat kita. 
Mengapa?
Kerana kita telah di’doktrin’ oleh suasana yang silap dalam melayani Ramadhan Yang Mulia.

Ramadhan Sebagai Bulan Susah Payah.
Didoktrin di dalam kehidupan kita, bahawa Ramadhan adalah bulan bersusah payah. 
Bulan kepenatan dan keletihan. 
Bulan di mana manusia perlu berlapar dan dahaga seakan tidak wujudnya makanan. 
Bulan yang dilihat sebagai tidak produktif, bulan yang melemahkan dan tidak punya apa-apa keistimewaan dari segi material.
Kita melalui Ramadhan, hanya dengan satu pancaran harapan – Lepas Ramadhan, akan datang Syawal.
Ya. Dengan itulah kita melalui Ramadhan. Menunggu untuk ‘dibebaskan’ dari segala keletihan dan kepenatan.
Jika perasan, kita didoktrin sedemikian.
Kerana itu, kehadiran Ramadhan bukan satu keistimewaan buat kebanyakan kita. 
Bukan sesuatu yang dinanti-nantikan buat kita. 
Tetapi adalah satu bebanan. 
Satu kesukaran. 
Satu kepayahan buat kita.

Sedangkan Itulah Bulan Yang Dirayakan.
Ramai yang tidak tahu, bahawa apa yang kita namakan sebagai ‘AidulFitri’ itu hakikatnya dirayakan sehari sahaja, yakni pada 1hb Syawal. 
Dan tidaklah pula ianya dirayakan pada 2hb Syawal, 3hb Syawal dan sehingga 30hb Syawal. 
Tidak. Hakikatnya, hari raya itu sehari sahaja. 2hb Syawal dan seterusnya, kita telah disunatkan untuk berpuasa 6 hari di bulan Syawal.
Syawal hakikatnya bukan hari raya utama ummat Islam. 
Yang utamanya adalah ‘AidulAdha’, kerana ia dirayakan selama empat hari. 10hb, 11hb, 12hb, dan 13hb Zulhijjah. 
Haram berpuasa pada keempat-empat hari tersebut.
Ya. Sehari sahaja ‘AidulFitri’ hakikatnya. 
Namun masyarakat kita sakan merayakannya hingga ke hari 30hb Syawal. 
Bagai nak runtuh dunia kita rayakannya. 
Sedangkan, apakah itu ‘AidilFitri’? Maksudnya adalah Perayaan Fitrah. 
Mengapa dinamakan sedemikian?
Kerana ia adalah untuk merayakan mereka yang berjaya melalui tarbiyah, memproses diri di dalam Ramadhan Al-Mubarak. 
Yang membersihkan diri dan mensucikan diri mereka di dalam bulan itu. 
Yang mempertingkatkan diri serta menaikkan lagi kualiti hati mereka di dalam bulan itu.
Bukan kepada mereka yang pada 15hb Ramadhan, sudah sibuk hendak menyambut Syawal!
Yang diraikan hakikatnya adalah Ramadhan. AidulFitri meraikan itu. 
Kita hakikatnya bukan meraikan AidilFitri. 
Kerana AidilFitri itu hakikatnya tidak punya apa-apa, melainkan sekiranya kita melalui Ramadhan dengan jayanya!

Mentaliti Yang Perlu Diubah.
Maka Ramadhan itu perlu kita tekankan pada diri dan keluarga, bahawa ianya adalah Bulan Rahmat, Bulan Keampunan, Bulan Peningkatan diri. Bulan di dalamnya wujud pelbagai fadhilat dan kelebihan. Bulan yang Allah SWT sediakan agar ummat Islam kembali mengecas keimanan masing-masing, memperkuatkan diri 
masing-masing.Bulan yang hakikatnya merupakan ‘perayaan jiwa-jiwa’ kerana ianya memberikan makanan kepada mereka. Bulan untuk memperbanyakkan kebaikan, agar jiwa yang jauh menjadi kembali rapat kepada Tuhan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:


Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata: Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya.”(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga, dan ditutup pintu-pintu neraka, dan diikat syaitan-syaitan.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan, dengan penuh keimanan dan berkira-kira(menghitung nak memperbanyakkan amalannya), maka akan diampunkan untuknya dosa-dosanya yang pernah dilakukan.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ya. Ramadhan inilah hakikatnya yang patut kita nampak sebagai ‘habuan’, ‘hadiah’, ‘anugerah’. Allah SWT memberikannya kepada kita. Dalam setahun, Allah SWT berikan kita sebulan untuk mempertingkatkan diri kita, memperkuatkan diri kita, dalam suasana yang kondusif, bersama ‘tambahan-tambahan’ yang mengiurkan.

Penutup: Maka Apakah Jiwa-jiwa Masih Tidak Mahu Memperdulikan?
Maka apakah jiwa-jiwa yang do’if lagi lemah, banyak kekurangan dan dosa ini, masih tidak mahu memperdulikan panggilan Tuhannya?
Apakah hamba yang hina ini, mahu melemparkan hadiah pemberian Tuhannya?
Sesungguhnya inilah dia hamba-hamba yang celaka.
Marilah kita muhasabah semula.
Jangan jadi hamba yang sombong dengan Dia.
Ramadhan menghampiri, dan kita masih tidak peduli.
Jangan.
Mari peduli. Persiapkan diri. Jadikan Ramadhan kali ini yang paling bermakna sekali!

byHilal Asyraf
http://www.langitilahi.com/

Friday, 13 July 2012

Magic Of The Nite @Floria 2012

Sepanjang minggu lepas dengar bunyi bunga api dari rumah je....
tiap2 malam zahraa tanye bila nak g tgk bunga api??
akhirnya papa akur dengan permintaan puteri kesayangan...
sabtu malam ahad yang lepas papa bawa la puteri menonton bunga api...
cam tak besh je kalau g ber3...
so bonda ajak la jiran kesayangan bonda join sekali...
anak dia pulak bff zahraa....pantang jumpa mesti berpeluk2...

 with fiza's family

 bonda's family...

fiza's  family....

 boat berhias yang sangat2 cantik...

termakbul juga hajat puteri nak tgk bunga api...
sanggup ni papa & bonda cari tempat paling strategik...
siap mendaki ke monumen alaf baru...
untuk cari view yang paling menarik...
memang best sgt2 ....

ni boat tersesat...
hari selasa lepas, bonda g dinner kat restoran umai...
tiba2 nampak boat ni kat depan restoran tu...
padahal event dah 2 hari abis...
so ape lagi...ambik gambar la...

tahun depan kalau ada lagi, 
bonda & papa cadang nak naik cruise pulak la....
tu pun kalau ada rezeki lebih...
tgk bunga api dari atas cruise...mesti lagi menarik...

Thursday, 12 July 2012

Chicken Foldover - Buy 1 Get 1 Free


Hari ni bonda lunch chicken foldover ngan bonda nye bff....
ramai nye la umat manusia kat mcd, alamanda...
tak pernah2 beratur panjang cam hari ni....
berbungkus3 org tapau foldover....

so sapa yang suka sangat makan foldover jgn lepas kan peluang ni k.....
bulan pose pun bleh redeem lagi...nak makan sekali 2 pun bleh....
hahahahaa...
jom pakat ramai2 g mcd...
opssss!!lupa pulak nak bagi link untuk dapat kan coupon ni...
klik link di bawah ni ye sahabat2 bonda yang disayangi....

Floria 2012 - Bougainvillea Enduring Beuty

Semua sahabat bonda dah cite pasal pesta floria
yang telah berlangsung minggu lepas.....
walaupun bonda g hari mula2 di buka, tapi bonda la org 
terakhir yang update....hehheehe....
janji update kan??

sebenarnya tak plan pun nak g time tu, ingat kan nak g hari lain....
kebetulan hari tu mak & abah datang putrajaya so bawa la jalan2....
lepas settle urusan buat passport, kami g makan tgh....
lepas tu terus ke sana....
mak kepada bonda iaitu nenek kepada zahraa sangat2 la gemar menanam bunga....
berhantu sgt bila tgk bunga.....
hehehheehe......

 awat zahraa ternganga...terpegun ke tgk bunga cantik2??

 acik, mak, zahraa & bonda....

 zahraa & atuk....

 besar nye payung....

cantik kan???
kalau la kat rumah cam ni...meriah nye??

 gigi saya kuat macam harimau....

eceh...ceh....
papa hadiah kan bonda sekuntum bunga mawar...

bunga sweet ke??bonda yang sweet???
hahahaha...ayat perasan....

 kanggaro terlepas...

 zahraa makan  famous amos sementara tunggu nenek shopping bunga....


 cantik sangat2 bunga orked yang di jual...

 zahraa dapat luve dari clown...

cantik tak rumah perhiasan ni???
rasa2 nye replika rumah ni untuk di jual...

bunga carnation ni hadiah dari nenek zahraa untuk bonda....
tq mak...

Tuesday, 10 July 2012

Sengkuang Calit

Sape pernah makan benda ni???
sedap kan????
sape yang tak pernah makan boleh try k...
dah try sekali mesti nak lagi....hahahaha...

itu lah yang terjadi pada papa....
hari-hari sengkuang calit, sengkuang calit hari-hari....
hehehee...

bonda dah biasa makan benda ni...
dari zaman sekolah lagi...
dulu kalau beli mesti cakap makcik nak kacang lebih tau...
skang kalau beli memang dah terlebih2 kacang nye...
sian papa...masa sekolah x pernah jumpa benda ni...
skang dah besar baru merasa....
lepas tu terus ketagih....

2 hari berturut-turut turun uptown@the mines...
penangan sengkuang calit...
last2 dapat tahu dah ada jual kat presint diplomatik depan snowgurt....
lepas ni bleh la makan hari2....

dulu benda ni org jual RM0.30-0.50 je....
skang RM2.00...
yang penting masih sedap....

sengkuang calit...sengkuang calit....mai singgah...
kalau g uptown@the mines lagu ni la mula2 dengar...
betul2 depan pintu masuk....
NyuMmyyy...SEDAP!!!

KPSL Khas Gred N27

Assalamualaikum & morning...
minggu lepas bonda bz buat preparation nak exam...
bila dah lama x update blog ni...
perasaaan malas mula menguasai diri bila nak start balik...
padahal banyak je n3 nak story...
tak pe la bonda cite gak la slow2 walaupun cite nye dah agak basi...
huuhuuu....

exam minggu lepas memang agak mencabar...
yang paling2 mencabar adalah soalan undang2...
ada ke patut dah la tak pernah belajar undang2, kursus undang2 pun tak pernah ada...
tiba2 kene layan bahasa undang2 dalam exam...
tawakal je la...walaupun puas selak buku....
tapi tak jumpa2 gak jawapan nye....
hahhahahaha....


yang bonda mampu buat hanya la berdoa kepada Allah...
rasa nye dah jawab sebaik mungkin....
nak kata konfiden tu tak la sangat, nak kata tak konfiden pun tak jugak...
semoga keputusan nye nanti memberangsangkan...
kalau tak tahun depan kene ambik lagi la jawab nye....
doa kan untuk bonda ye sahabat ku semua....hehehehe!!

p/s : tq papa tolong bonda tag buku 
hantar bonda pergi balik exam....
walaupun papa bz ngan event....
jasa papa akan bonda kenang sampai bila2....ayat simpati...

Monday, 2 July 2012

Animal Park @Colmar Tropicale

Tak abis2 lagi n3 ni....
heheheehee...
harap2 ni yang terakhir...
mesti busan org yang membaca....hopefully tak la ye!!



 nyummmyyy...sedap nye mini donut ni...

 tercengang zahraa...

sebelum kami check out....
bekpes dulu kat restoran Le Blason, cofee house...
kami makan nasi lemak ala2 perancis....
not bad la makanan kat situ...
yang paling sedap dia punye roti & pastri...

lepas kenyang makan...
kami jalan2 buat kali terakhir kat colmar tropicale...
tak tahu la bila dapat sampai lagi...

dalam perjalanan nak balik kami singgah ke animal park...
bayaran masuk RM3....zahraa free sebab bawah 3 tahun...
zahraa paling seronok kat situ...






 zahraa anak yang berani...
bonda pulak yang geli...



 penuh air liur rusa tu kat tangan zahraa....
eeee...geli nye...
memang jinak sangat binatang2 kat sini....








percutian di colmar tropicale sangat bermakna bagi kami sekeluarga....
insyaAllah, ada rezeki kita g jalan2 lagi ye papa...

babai colmar tripicale....panjang umo kami datang lagi...

-tamat-