Blogger Templates

Thursday, 3 April 2014

Taska MamaMia Putrajaya-Taska Baru Zhafiraa

Assalamualaikum....
Dah lama rasanya tak bercerita dalam blog kesayangan bonda ni...
sebenarnya banyak je benda yang nak di ceritakan tapi mood nak
berblog ni tak mai2 lagi....
malas pun iye jugak....
hari ni ada la skit mood nak cerita pasal taska baru adik...
sebelum ni zhafiraa dok umah pengasuh...
Alhamdulillah sepanjang dok umah pengasuh adik dijaga
dengan baik...lagi pulak yang jaga tu baya2 nenek & tok mek zhafiraa...
kalau org berumur jaga ni kita puas hati skit...
org dah berpengalaman la katakan...
tapi jodoh zhafiraa ngan opah (panggilan zhafiraa kat pengasuh)
tak panjang....atas sebab2 yang tak dapat dielakkan...
jauh dari umah pun ye jugak...
 akhirnya bonda & papa decide nak hantar zhafiraa ke taska...
taska mamamia yang menjadi pilihan selepas abis 1 putrajaya ni kami survey...
hari ni hari ke3 zhafiraa kat taska....
so far dari segi management nampak ok....
cuma 1st day hantar tu pelik nape botol susu adik tak leh nak letak ngan elok..
cam ada gelembong kat bawah botol tu..
sedangkan botol susu tu botol baru...
adakah botol tu kene rendam ngan air yang terlampau panas???
mungkinkah suhu warmer yang digunakan terlalu tinggi???
benda tu masih bermain dibenak fikiran bonda...
kalau terlalu panas, cam ne susu yang diberikan kepada adik??
hope ape yang bonda pk tu tak terjadi...
hari ke 2 pulak adik menyusu 5 auns dari 10 auns yang bonda bekalkan...
balance susu yang bonda bekalkan masih panas ketika bonda sampai dirumah...
adakah susu yang bonda bekal kan dipanaskan sekali gus???
last2 bonda terpaksa bagi susu yang dah dipanaskan kat adik...
5auns tu!!banyak tu!!
adik cuma minum 2 ke 3 auns sekali minum....
bonda tak pasti adakah pengasuh2 di taska tersebut tahu@tidak menguruskan
baby2 yang menyusu susu ibu...
dari segi pemahaman & pengalaman bonda...
baby yang menyusu ibu sepenuhnya dengan baby yang diberi susu formula
sangat2 la berbeza...
 tengok dari pemberian susu kat adik agak kerap jugak...
kalau ikut kan tak semestinya baby ni nagis hanya ingin kan susu...
mungkin dia penat, perlukan belaian, mengantuk....

kakak dulu pun duduk taska sampai umur 3 tahun...
macam2 pengalaman yang dilalui...
kerap sakit, balik dari taska tak ada suara..
sah2 la melalak 1 hari...
benda2 cam tu bonda tak kesah sangat....
yang penting dia org sediakan perkhidmatan setimpal dengan harga
yang dikenakan....

range harga taska area putrajaya skang ni dari RM400-RM550
untuk seorang baby...
harga bukanlah ukuran kalau perkhidmatan & mutu penjagaan
setimpal dengan kos yang dikenakan....

hope adik dapat sesuai kan diri dengan taska & pengasuh baru...
sian pulak kat pengasuh2 yang jaga zhafiraa tu...
penat jugak dengar kalau hari2 ambik adik, pengasuh kata adik
merengek tak mau letak....kat umah ok la pulak...
bonda siap bole masak  lagi...
cuma biasa la dah penat meniarap adik merengek kepenatan...
datang duduk main2 ngan dia jap...
pas2 sambung masak balik...
mana ada baby tak merengek langsung...kan???
semoga Allah sentiasa melindungi puteri zhafiraa....
doa bonda & papa sentiasa mengiringi
anak2 sepanjang kami keluar mencari rezki..


4 comments: