Blogger Templates

Monday, 10 November 2014

Cake Hello Kitty Untuk Puteri Zhafiraa

Assalamualaikum.......

08.11.2013-08.11.2014...
setahun telah berlalu...
rasa baru semalam bonda melahirkan puteri ke2 bonda...
puteri yang menjadi gula2 buat kakak zahraa, puteri sulung bonda...
seronok rasa nya dapat melihat mereka berdua bermain,
bergelak ketawa bersama2....

adik zhafiraa memang dilahirkan sifat nya agak kelakar, pandai ambil hati,
manis dengan senyuman....tidak banyak ragamnya....

Alhamdulillah, planning bonda nak buat besday adik kat taska termakbul....
07.11.2014 yang lalu, sehari sebelum besday adik...
bonda sediakan kek besday & doorgift untuk 
celebrate besday adik bersama kawan2 kat taska....

pihak pengurusan taska mamamia pun byk membantu dan memberi kerjasama 
untuk menjayakan majlis besday adik...
bonda sgt berpuashati dengan pusat jagaan adik zhafiraa setakat ni...

puteri zhafiraa mohd faizul...
setahun sudah...
Semoga Allah menjadikan adik insan yang penuh dengan 
sifat yang baik2 & anak yang dapat memimpin tangan bonda & papa menuju
kesyurgaNya yang kekal abadi...amin 

sian adik bergambar sorang2...cikgu ckp kawan2 adik ramai yang tgh tido...
baby2 ni time tido bukan nye menentu...

kek zhafiraa yang comey ni bonda order kat 
Putrajaya Cakes House...
kemas je hasil kerja nye...
kek nye pun sedap, tak terlalu manis sgt...
sape2 nak order bole la whatsup beliau di no 0129371873....

doorgift yang comey ni pulak disponsor oleh papa...
TQ papa!!
doorgift ni kami beli kat GM Klang...
macam2 design ada...yang paling hangat sekali mestila tema frozen...
heheheehehe....
bonda kalau bole tak suka nak bagi jajan2 ni...
sian kat kanak2, ye la kecik2 dah disogok dengan makanan yang tinggi MSG...
tak baik utk otak yang sedang nak berkembang...
bagi la susu yang tinggi DHA bagai...masuk je MSG dalam badan habis terus dia
potong khasiat2 makanan yang baik...

inshaAllah semoga bonda & papa dipanjangkan usia
supaya dapat melihat anak2 bonda membesar menjadi anak2 yang berjaya 
didunia & di akhirat....

1 comment:

  1. alhamdulillah..dah setahun ye,semoga terus membesar dengan sihat,cemerlang didunia dan akhirat..salam kenal

    ReplyDelete